Grilled Salmon With Aspagus

DSC_4301aa

Salam semua…

Selamat menyambut satu Rejab hari ini… tak lama lagi datang Ramadan dan Syawal pula…. tak sabar rasanya nak melalui keindahan bulan Rejab, Ramadan, dan Syawal yg sgt indah ini…

Menu saya kali ni… ikan salmon panggang bersama dgn sayur asparagus…. ni menu diet… sesuai utk org yg nak kuruskan badan macam saya…

Ikan salmon ni sgt lemak dan agak hanyir… so bila makan ikan ini wajib ada lemon…. bila makan kena perah lemon ni sampai ikan ada rasa masam2 sikit… barulah boleh masuk kedalam anak tekak..

Lagi satu tips jgn bakar ikan terlalu lama…. bakar sebentar aja… bila makan, ikan masih berjus dan isinya akan soft je bila digigit… kalau bakar terlalu lama akan mengeringkan jusnya dan akan menyebabkan isi ikan menjadi keras nanti…

Kalau org2 barat grill  ikan salmon ni  suka bubuh herba seperti taragon, rosemary dll….tapi saya hanya guna bahan simple2 spt halia, bawang putih n lada hitam shj…

DSC_4287aa

Jom tengok resepinya…

Grilled Salmon With Asparagus
( utk 4 org makan )
4 keping salmon
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1/2 inci halia – ditumbuk
sedikit lada hitam – ditumbuk
sedikit garam
minyak zaitun utk menggoreng/grill
1 biji lemon

Cara penyediaan

1. Bersihkan ikan kemudian perap beberapa minit bersama bawang putih, halia, ladahitam dan sedikit garam.
2. Panaskan kuali pembakar @ kuali non stick, kemudian masukkan sedikit minyak zaitun.
3. Panggang ikan salmon diatas kuali tersebut beberapa minit… balikkan ikan tersebut.. bila isi ikan sudah bertukar warna yg lebih cerah bolehlah diangkat…

Utk Asparagus

1 paket asparagus
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam/lada sulah
minyak zaitun
satu mangkuk air dicampur dgn sedikit ais

Cara penyediaaannya

1. Asparagus dipatahkan bahagian yg keras. Ambil bahagian yg lembut sahaja.
2. Panaskan periuk yg berisi air hingga mendidih..
3. Celur seketika ( dalam 2-3 minit shj ) asparagus dalam air panas… kemudian angkat asparagus dan segera masukkan ke dalam mangkuk yg berisi air sejuk bercampur ais…
4. Selepas itu toskan asparagus tersebut dam masukkan kedalam bekas.
5. Masukkan sedikit garam, minyak zaitun dan serbuk lada sula/ serbuk lada hitam..
6. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan bersama ikan salmon dam hirisan lemon.

senang aja kan… bolehlah cuba….


DSC_4298aa

Sambal Goreng Daging

DSC_3392aa

Salam….

Ni lauk my faveret dan saya dah selalu sgt masak sambal goreng ni….  tetiba je pikir nak enti masakan ni sebab rasanya my blog tak de lagi resepi ni.

Sebenarnya masakan ni  ni seperti  sambal goreng jawa yg biasa tu… yg orang taruh udang, cili hiris, tempe dan tauhu serta sayuran seperti karot dan kacang panjang… tetapi ia sudah diubah suai dan di tukar kepada daging dan saya juga letak brokoli dalam lauk ni… kiranya ia telah dimodenkan sikit… but rasanya tetap tak lari jauh sgt dari sambal goreng yg tradisional…

Macam biasalah resepinya kt bawah ye…

DSC_3381aa

Resepi Sambal Goreng Daging

Bahan2nya
250 g daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 – 3  batang cili merah ( dihiris ) – boleh letak lebih jika nak lebih pedas
1/2 inci halia – tumbuk dan gaulkan dgn daging tadi bersama sedikit garam
sepotong kobis
sepotong brokoli
1/2 batang karot
suhun secukupnya ( rendam dan potong2 sedikit )
fucuk secukupnya ( rendam dan dipotong2 )
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan santan

Cara Menyediakannya

1. Masukkan daging yg telah digaul dgn halia dan sedikit garam dalam kuali kemudian masak hingaa keluar airnya hingga kering. Jika daging agak liat sila tambah air dan masak lagi hingga daging empuk.
2. Jika daging dah empuk masukan sedikit minyak masak… goreng seketika kemudian angkat dan ketepikan dulu.
3. Dalam kuali lain, tumis bawang besar, bawang putih, cili hiris, kemudian bila sudah layu baru masukkan daging dan sos tiram
4. Masak seketika kemudian baru masukkan sayur2an, suhun, fucuk serta santan.
5. Sesuaikan rasa kemudian baru diangkat dan dihidangkan….

…..

DSC_3390aa

Ayam Masak Kicap Santan

DSC_3201aaa

Salam…

Apa khabar semua…. saya doakan semua sihat2….. hari ni saya masak menu ulangan….Ayam masak kicap bersantan….

Ayam ni lebih kurang sama je dgn masak kicap yg lain cuma saya bubuh santan je supaya lebih lemak sedikit!!!

Ayam masak kicap ni kalau nak tahan lama seelok2nya  tak perlu bubuh santan… cukup sekadar bubuh kicap dan sedikit air je… Kalau letak santan memang tak boleh disimpan lama sebab cepat basi… kenalah habiskan lauk tu cepat2!

Bagi saya sama ada ayam kicap biasa atau bersantan, kedua2nya pun sedap…….Kadang2 anak tekak saya ni gatal sikit… nak rasa sesuatu yg lain sikit….

…..

DSC_3225aa

….

Resepi Ayam masak kicap Bersantan
.
1 ekor ayam ( dibersihkan dan di potong2 )
1/2 – 3/4 cawan kicap manis ( anggaran saja, boleh kurang atau tambah ikut kesesuaian )
1 inci lengkuas ( di kisar )
1 inci halia ( dikisar )
1 labu bawang besar (dikisar )
2 – 3 batang serai ( di potong dan dikisar )
4-5 ulas bawang putih ( di kisar)
5-10 biji cili kering ( di kisar )
1/2  sudu kecil jintan kasar ( di kisar )
1/2 sudu kecil jintan halus ( dikisar )
1 sudu kecil biji ketumbar ( dikisar )
1 sudu makan lada putih ( di tumbuk / dikisar )
1/2 cawan santan pekat
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
.
Cara penyediaan

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. kemudian goreng semua ayam dengan minyak penuh hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis semua bahan tumbuk atau kisar hingga wangi kemudian masukkan kicap manis, santan dan sedikit air.
3. Masak seketika kuah kicap tadi hingga  kuahnya  mendidih.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masak seketika, sesuaikan rasa dan boehlah diangkat.
** jika suka boleh masukkan cili padi sebiji sebiji dalam ayam kicap….
…..

DSC_3236aa

Related Posts with Thumbnails