Nasi Lemak

Sudah lama rasanya saya tidak memasak nasi lemak. Biasanya di kala tekak teringin makan nasi lemak kami hanya membeli di gerai tepi jalan di pinggir taman perumahan dekat dengan rumah. Nasi lemak beli ni jarang dapat yang betul-betul sedap. Malah isinya pula terlalu kedekut. Kadangkala nak cari seekor ikan bilis pun payah. Telur pula dapatlah sehiris kecil. Sambalnya pula kekadang tidak mengena selera .

Seronok memasak nasi lemak ni,  dapat buat mengikut selera kita sendiri. Walaupun cara memasaknya sangat mudah tapi bagi anak-anak saya ia adalah sesuatu hidangan yang istimewa. Apalagi berserta bahan sampingan seperti ayam goreng, rendang daging, sambal sotong, sambal kerang, ulam-ulaman dan sebagainya…

Ini tips yang ingin saya  kongsikan… kunci keenakkan nasi lemak terletak pada sambalnya. Nasi, jika kurang santan atau kurang masin ianya tidak menjadi soal. Tetapi sambal kurang sedap maka kurang sedaplah juga nasi lemak kita.

Bila memasak fokuslah 90 peratus pada sambalnya. Bermacam-macam cara untuk membuat sambal enak.

Berikut adalah tips untuk membuat sambal kita menjadi enak.

1.  Jangan mengunakan cili boh atau cili giling tersedia kerana bahan pengawetnya akan memcacat rasa. Gunalah cili kering yang dikisar sendiri.

2.  Gunakan banyak bawang besar kerana ia akan mengurangkan kepedasan dan menambah manis secara semulajadi.

3.  Semasa menumis cili dan bawang besar pastikan pastikan ia benar-benar masak atau naik minyak sehingga mengeluarkan bau tumisan yang harum.

4. Imbangi rasa sambal anda dengan meletakkan sedikit asam keping atau air asam jawa. Jangan terlalu banyak kerana rasa masam yang keterlaluan akan mencacatkan rasa sambal anda.

5. Jika suka boleh tambah belacan untuk menambah rasa lemak atau kisarkan ikan bilis dan udang kering sebagai bahan campuran tumisan anda. Untuk lebih enak tambahkan ikan bilis yang telah di goreng dan tumbuk separa hancur untuk dimasukkan di dalam sambal. Semasa menghidang sambal jangan kedekut untuk taburkan ikan bilis goreng di atas sambal untuk mengekalkan kerangupannya.

6. Sesuaikan rasa garam, gula dan sedikit masam pada sambal. Boleh tambah serbuk perasa jika anda suka kerana ia akan menambah kelazatannya. Jika anda tidak suka pastikan ikan bilis atau udang kering diletakkan lebih sedikit pada sambal.

Semoga tips ini membantu anda..

Resepi Nasi Lemak

Bahan untuk nasi;

3 cawan beras
1 cawan santan
3 cawan air ( anggaran saja – kadar air ikut jenis beras yang anda guna, boleh tambah jika di perlukan)
3 hiris halia
1 helai daun pandan
3 ulas bawang merah ( di hiris)
sedikit garam

Cara-caranya
* Campurkan semua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.

Bahan Untuk Sambal;

6 sudu besar cili giling
3 biji bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
2 biji bawang besar – 1 biji bawang ditumbuk dan 1 biji bawang besar hiris
segenggam ikan bilis ( sebahagian di tumbuk, sebahagian lagi di goreng )
sedikit air asam jawa
sedikit belacan jika suka
sedikit garam, gula dan perasa

Cara membuat sambal;

  1. Tumis cili giling, bawang merah, bawang besar, bawang  putih, ikan bilis dan  belacan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam, bawang besar hiris dan sedikit air agar sambal tidak terlalu pekat.
  3. Bila sudah mendidih sesuaikan rasa dam masukkan ikan bilis yang telah di goreng.

Bahan sampingan lain;

ikan bilis goreng
timun – dihiris
kacang tanah
telur rebus

Selamat mencuba!

More picture for Nasi Lemak



Related Posts with Thumbnails

12 Responses to Nasi Lemak

  1. tips yg amat membantu..mekasih kak (“,)..

  2. mak aih. lapar di buatnya ni. dah lapar makin lapar… azab lak rasanya eheheh… thumps up ! menarik :)

    bytheway nak mintak tl la. nk tanya. camne eik nak buat sambal chili biasa2 nye. yg org tumis letak bawang sket then lain2. bila siap, dia jadi lambat rosak dan boleh di campur ngan kicap . or begitu sahaja buat tuk cicah2. ehehehe nnt gtau kat blog sy eik. tq tq chef :)

    • Shahrul> Kalau nak buat sambal yg lambat rosak, kena pastikan bahan tumis di masak dengan lama dan jangan bubuh air…. biarkan sambal tumis dimasak hingga betul2 kering airnya… ( maksudnya sambal tu terendam dengan minyak shj… tak de air ). Mak akk selalu buat cam ni dan simpan dalam botol, masa akak duduk kat asrama dulu… mmg sedap boleh buat cicah2 dengan roti!!

  3. Pingback: Menu Iftar Nasi Lemak Dengan Pengat Pisang | Potret Kasih

  4. Hi,
    1st kali terima kasih. Just to clarify something ya…
    3 ulas bawang merah – ditumbuk(3 ulas itu 3biji ka?) bawang besar or kecil?

    Thank you very much.

    • salam aru… 3 ulas tu sama dgn 3 biji bawang merah…. yg ditumbuk tu 3 biji bawang merah dan 1 biji bwg besar dan 1 biji bwg besar lagi dihiris….

  5. Salam,

    Boleh tak puan terangkan resepi bahan untuk Nasi Lemak Kukus berasaskan dari 5 kilo beras.

    maklum balas dari puan, saya dahulukan dgn terima kasih.

    semoga murah rezaki.

    • salam sham…. minta maaf akak kurang arif buat nasi lemak kukus…. cuba lah sham goggle2 mesti ada cara membuatnya…. Insya Allah sham akan jumpa resepi nasi lemak kukus tu….

  6. slm…akak, sy mtk resepi ye, nk bt utk dinner mlm ni=)

  7. minta izin nak cube respi ni yer kak….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>