
Masuk kali ni dah lebih 5 kali saya membuat kek ini… Kek ini sangat sedap dan kaya dengan coklat dan moist! Caranya sangat mudah dan senang. Sesuai untuk buat kek hantaran pengantin dan sedap juga dimakan semasa minum petang. Paling sedap jika dimakan dengan vanilla Ice-cream dan strawberi.
Kek ni adalah kesukaan kami sekeluarga…. Saya tidak terlalu kerap membuatnya.. sebab kek ni agak muak! Selalunya saya membuatnya sebulan sekali atau 2 kali sahaja. Resepinya ada di bawah dan selamat mencuba!.
Model saya…. sungguh mengiurkan!
Resepi Kek Coklat Moist.
Bahan-bahannya
2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak jagung
¾ cawan serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan yogurt
1 camt serbuk penaik
1 camt soda bikabonat
2 biji telur ( 3 biji telur saiz kecil)
1 camt essen vanilla
1 camt garam
Cara-caranya
1. Ayak tepung, serbuk penaik, soda bikabonat dan serbuk koko.
2. Kacau gula, air panas, yogurt, essen vanilla, garam dan telur hingga larut.
3. Perlahan lahan masukkan tepung dan minyak bergilir-gilir.
4. Masukkan dalam acuan kek panas yg telah di sapu mentega dan di alas dengan kertas minyak.
5. Bakar selama 45-50 minit pada suhu 180 darjah C.
6. Boleh di kukus jika suka.
Topping
1 keping cooking coklat (250 g )
1 sudu makan butter.
2-3 sudu besar susu cair/whipping cream/double cream
Caranya
Masak kesemua bahan gunakan kaedah double boiler hingga cair. Tuangkan atas kek semasa kek sejuk.
more picture…










Salam Wana,
Guna loyang size aper utk this cake? Tks
-anie-
wslm anie…
untuk adunan spt di atas…biasanya saya guna acuan saiz 7″x7″ je…. semoga berjaya!!!
salam..kalu saya nak guna tepung penaik, dah tak perlu serbuk penaik ngan serbuk bikarbonat kan..???
huhu…saya budak baru belajar..
Salam Nad….. betul tu!!! tapi kekadang tu akak letak je serbuk penaik walaupun guna tepung naik sendiri… kerana kalau guna tepung naik sendiri yang agak lama2 tu.. takut penaik dalam tepung tu tak berapa nak function…
oww…thanks akak! tp nak tnya lg ni..apa beza serbuk penaik ngan bikarbonat..dah cuba baca kat info lain, tapi ttp tak fhm ttg penggunaan nya dalam membuat kek..tq
salam nad…. serbuk penaik ( baking powder ) selalu di gunakan sebagai agen penaik dalam membuat kek….. biasanya jika kita membuat kek dengan hanya menggunakan bahan asas seperti tepung , telur, butter,gula so memadai lah kita hanya guna serbuk penaik sahaja…. tapi jika kita membuat kek dengan menambahkan bahan cecair yang agak berat seperti susu, pisang lecek, buah2an kering yang berat, nenas dll so serbuk penaik tidak cukup kuat untuk menaikkan kek tersebut…. oleh itu bahan penaik bikarbonat perlu digunakan untuk menaikkan kek yang mengandungi bhn yg berat tadi…. biasanya kek yg dikukus juga perlu menggunakan soda bikarbonat kerana wap kukusan tu membuat kek agak berat.
Tetapi kelemahan bikarbonat, rasanya kurang enak dan menbuat kek agak pahit…. so gabungan soda bikarbonat dan serbuk penaik biasanya digunakan dalam kek supaya dapat meminimakan penggunaan bikarbonat……Haraap info ni dapat membantu…..
salam kak, eyza dah try wat. 3S. simple, senang, sedap. thanks akak
wslm eyza… sama2… harap eyza suka resepi tu…
hi..sya baru nak belajar bake cake so nak tanya, if nak kacau gula etc tu kena guna tangan je ke or guna mixer?
salam april…. kek ni paling senang … tak perlu guna mixer…. guna senduk kayu atau pemukul kuih biasa je….
Salam Kak,
Saya selalu gak buat kek ni..tapi masalah saya kek saya selalu mereka di tengah. Boleh akak bagi tips tak?
Untuk pengetahuan, saya menggunakan oven biasa je..selalu buat untuk 1kg dalam acuan bulat 8″ + bakar 180 celcius + 1 jam. Adakah betul cara saya kak?
salam alin…. kek merekah di sebabkan
1. Suhu oven terlalu tinggi
Suhu yang biasa membakar kek ialah 180 darjah celcius.Namun begitu setiap jenis oven mempunyai kepanasan yang berlainan. Apabila suhu terlalu panas, bahagian luar kek menjadi keras sedangkan bahagian dalamnya belum lagi kembang.Apabila bahagian dalam mengembang,ia akan menolak keluar dari permukaan kek maka terjadilah rekahan.
2. Terlebih serbuk penaik atau soda
Jika serbuk penaik atau soda bikarbonat tidak disukat dengan betul, ia tidak seimbang dengan jumlah tepung yang digunakan. Akibatnya ia akan menjadi terlalu kembang dan boleh mengakibatkan rekahan.
3. Kek terlalu kering
Ini berpunca dari kandungan tepung yang berlebihan dalam resipi atau adunan kekurangan cecair. Keadaan ini menyebabkan kek kering dan boleh menyebabkan rekahan pada kek terutama kek mentega.
4. Acuan terlalu kecil
Kadangkala acuan yang digunakan terlalu kecil untuk menampung adunan yang disediakan. Sebaik-baiknya adunan hendaklah dituangkan hingga 1/2 acuan sahaja kerana adunan akan naik dan mengembang.
sumber dari http://resipinoraini.blogspot.com/2008/03/mengapa-kek-merekah.html
Slam kak,
nk tnye tntang kaedah double boiler tu cmne rupanya n caranya..he2
sory kak sbb 1time nk blaja wat kek..tq
salam asni…. nak tau ttg kaedah double boiler boleh klik kat sini http://hanieliza.blogspot.com/2008/09/teknik-double-boil.html
salam akak , saya nak tanya , cam ne nak pre heat oven ye , saya guna oven biasa aje. leh bagi tau tak procedurnya . Satu lagi , kalau nak kukus , berapa lama ye?
hmm…sedapnyer…
thanks…