Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

Bila saje berbelanja barang dapur di kedai runcit tempat biasa, saya tergerak hati nak singgah di Perfect Fresh & Frozen. Nampak daging steak je teringin pulak tekak saya nak makan grilled steak.  Anak saya pun memang sukakan western food. Sudah tentu saya dapat menjimatkan kos jika saya membuatnya sendiri berbanding jika makan diluar. Cara nak membuatnya juga taklah susah, bahkan dapat mengeratkan hubungan dengan keluarga kerana kami membuatnya bersama- sama.

Anyway saya sangat suka makan steak dengan mashed potato  berbanding dengan kentang goreng. Tapi terpulanglah pada selera masing-masing. Kalau nak resepi mashed potato ada di sini. Manakala kalau nak resepi coleslaw pula resepi lengkapnya pula ada disini.  Bahan-bahan untuk membuat coleslaw boleh di tukar-tukar. Untuk kali ini saya cuma menggunakan karot yang diparut kemudian saya campurkan dengan mayonis dan sedikit sour cream. Untuk resepi grilled steak  dan sos lada di hitam saya sertakan di bawah……

Resepi Grilled Steak

4 keping daging Steak
4 sudu besar sos tiram
1 sudu  besar sos cili atau sos tomato
1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus)
2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.
** Semasa bakar jangan lupa renjiskan dengan sedikit minyak zaitun supaya tidak melekat kerana daging steak tidak banyak lemak.

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

Selamat mencuba!!!


Related Posts with Thumbnails

22 Responses to Grilled Beef Steak ( Daging Steak Panggang )

  1. Salam Kak wana, dah saya cuba, makasih bebanyak perasaan adalah sgt bestttt, ada gak gambar saya post kat blog tapi hasil kejadian taklah yang secantik akak buat he…he… saya budak baru belajar, makasih kakkk

    • Wslm….Akak dah singgah dan mengintai masakan Intan…. Berbanggalah juga sebab nampak menjadikk!! Akak pun baru belajar gak!! Kalau ada resepi best tu boleh sama2 kongsi…

  2. Pingback: Grilled Marinate Lamb ( Kambing Panggang Perap ) « Potret Kasih

  3. Gembiranya kalau seisi keluarga bersama-sama grill steak kat luar rumah. Makan-makan sambil berborak. Tapi sekarang ni bukan main susah nak kumpulkan ahli keluarga. Hari raya pun belum tentu cukup semuanya

  4. arini nk try wat kak..skali skala ubah slera kan…huhu..

  5. salam ziarah.

    perama kali ziarah ..tertarik ngn resepi dikongsi..terimakasih berkongsi…insyaLLAH nak cuba..

  6. Hi kak,….
    Thanks for such a simplest and delicious recipe above…baru je try malam tadi dan hasilnya sangat memuaskan…Cuma saya guna beef slice yang ready marinated from tesco…mashed potato dan gravynye ikut resepi akak…sebelum ni pernah buat mashed potai tap kureng sikit rasanya..

  7. Hi kak,….
    Thanks for such a simplest and delicious recipe above…baru je try malam tadi dan hasilnya sangat memuaskan…Cuma saya guna beef slice yang ready marinated from tesco…mashed potato dan gravynye ikut resepi akak…sebelum ni pernah buat mashed potato tapi kureng sikit rasanya..

  8. salam kak wana..firstly tqqqqq so much 4 ur helping..1st tme intai blog akak n really happy my cooking menjadi smpi xckp…mi kids love it so much!!semangat dpt oven bru trus try..nnti kta share lgi ye…sharing is caringlh ktekan..tqqqq…

  9. baru jew nk try buat..tgk la sdp tak..haha

  10. nur eishal elena

    kak wana..tq sbb share resepi nie..tsangat la sedapnya…masuk nie dah 2 kali buat…memang tip top la…suami n anak memang puashati sampai menjilat jari la dgn sos brownnya tu….tq n good job..

    • salam nur…

      Alhamdulillah Suami dan anak2 suka ya…. tahniah….. kalau mendapat pujian tu memang air tangan nur mesti sedap……

  11. tgk resepi cam sedap jer ..izinkan mencuba..

  12. hari ni sya nak makan stii..carilah resipi stek. Jadi saya pilih resipi dari kakak..saya cuba dulu okay..hasilnya …tunggu!!!

  13. Nak cube jugak !! asben nak makanla…hehe

  14. This is very interesting, You are a very skilled blogger.
    I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your wonderful
    post. Also, I have shared your site in my social networks!

  15. Salam,kak..beef steak tu klu gna daging burgrer boleh jgk ke?just tnya..nk jgk try buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>