Grilled Marinate Lamb Chop (Kambing Panggang Perap)

Hari ini saya panggang lamb sebagai hidangan untuk keluarga tercinta…. Kebetulan adik perempuan saya datang menziarahi kami…. untuk meraikannya, saya menjamu kambing panggang marinate ini!!! Saya memasak lamb ni atas permintaanya yang teringin sangat nak memakan lamb chop. Lagi pun anak-anak saya pun suka sangat makan lamb!. walaupun dah banyak kali membuatnya tapi tak pernah rasa jemu…..sebenarnya resepi lamb saya ni lebih kurang sama sahaja dengan resepi lamb chop saya entri yang terdahulu…. cuma bezanya saya tukar rempah perapnya!!! Saya suka tukar-tukar resepi dan try and error untuk mendapat hasil yang lebih baik….

Kalau yang lepas rempah marinate saya gunakan black pepper,  bawang putih dan sos tiram, tapi rempah perap saya kali ni menggunakan black pepper, jintan dan rosemary, sos tiram  dan bawang putih goreng….. Saya pernah buat pada ayam panggang ( entri sebelum ni ), dan rasanya sangat  marvelesss… so saya try pula pada lamb ni pula… dan rasanya tetap marvelesssss!!!  Berminat nak try???…  resepinya kat bawah…..

Resepi Kambing Panggang Marinate

4 keping daging lamb

Bahan rempah perap
5 ulas bawang putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan daun rosemary kering
1/2 sudu makan jintan kasar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar jus limau
2 – 3 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih  dengan minyak zaitun hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk jintan, lada hitam, daun rosemary kering, garam, gula hingga lumat. Kemudian masukkan bawang putih yang telah digoreng, minyak  zaitun ( bekas gorengan bawang putih tadi ), jus limau, kicap dan sos tiram.
3. Tumbuk dan gaul sebati rempah tadi dengan daging lamb.
4. Perap semalaman dalam peti sejuk.
5. Bila masa untuk memanggang bolehlah di bakar atas kuali non stick  atau pembakar elektrik…

** Hidangkan lamb dengan sos lada hitam, coleslaw, mashed potato, timun dan tomato segar……..Untuk sos lada hitam  dan coleslaw boleh check kat sini.….Untuk kentang putar atau mashed potato  bole tengok resepinya kat sini. Enjoy!.

Related Posts with Thumbnails

20 Responses to Grilled Marinate Lamb Chop (Kambing Panggang Perap)

  1. Salam Little Mama.

    Terima kasih untuk resepi kambing panggang.

    Sedapnya tengok kambing panggang. Baru tengok je. Belum rasa lagi. Lagilah bulan puasa

    ni :)

    All the best!

    Team KambingPanggang.com
    KambingPanggang.com

  2. Saya dah cuba, TVQM for the resepi, masuk hari dah lima kali saya buat, memang best.

  3. Salam,
    Memang nampak sedap kambing panggang, saya suka dan lama dah tak g makan kat The News kat 1U.
    Terika kasih cik wana.

  4. Siti ada buat goat farm, ok juga kalau lain kali masak kambing sendiri

    • wah…. best nya ada kambing sendiri… bila2 terasa nak makan kambing tinggal sembelih je… sgt sedap buat kambing golek!!

  5. salam, nak tanya jintan tu….jintan manis ke jintan putih? hehehe…sorry baru belajar nak masak…..

    • salam ibrahim…
      resepi tersebut saya guna jintan kasar atau jintan putih….. boleh jugak kalau nak letak 1/4 sudu makan putih campur 1/4 sudu makan jintan manis…. tak de masalah… rasanya tetap sedap….

  6. tgh2 cari resepi nk perap kmbing terjumpa blog ni…nk try la..sb tgok gmbrpun dh rs geram..mlm ni nk perap esok ble bakar..thanks for the resepi..

    • salam hidayah… silalah cuba… harap hidayah suka resepi tu…

      • Just nk update..sy dh try smlm..hubby suka sgt smpi mkn nasik xhbis asyik dok mkn daging jer..dh la buln poser…bestnyerrrr hr ni dia suh buat lg..siap ckp sy ble meniaga buln pose..hihihi..maseh yer bg resepi sng dn sedap especially utk org yg tak expert msk cm sy….lpas ni share2 la resepi yg best2 lg yer..

        • Salam hidayah… wah!! mr hubby suke ya.. Alhamdulillah… resepi ni my fav akak sekeluarga… memang sedapkan…. Insya Allah kalau ada resepi yg best2 akan akak entrikan kemudian… anyway thaks sudi cuba resepi ni…

  7. kalau tak ada Rosemary,okay ke? Atau itu bahan yg wajib?

  8. As salam. Terima kasih kerana share resepi ni. Saya dah buat BBQ 2 ekor kambing menggunakan resepi ni. Semua tetamu kata sedap. Insyallah, lepas Raya ni saya Akan buat lagi untuk jamuan di sekolah nanti.

  9. Thank you for sharing ur recipes…fell great…wanna try out all those yummy recipes…esp the sauce…

  10. Saya nak cuba ni. Terima kasih resipi ni.harap-harap jadi macam yang lain dah cuba buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>