Macaroni and Cheese

Hari tukar selera…. buat Macaroni and cheese…. atas permintaan anak perempuan saya yang berhari-hari minta saya masak macaroni and cheese ni!!. Puas menggodak internet cari resepi lastly ┬ádecide nak guna resepi dari mesra.net!!. Sedap… lemak-lemak gitu!!. tapi saya tak boleh nak makan banyak kerana muak….. Maklum jelah tekak dah biasa dengan nasi goreng belacan ni tiba-tiba nak ┬átukar ngan cheese pulak!!!! Terkejut beruk anak tekak makcik!!!!

Rasepi Macaroni And Cheese ( sumber : mesra.net )

475 ml susu segar
1 helai daun bay
secubit serbuk buah pala
50 g mentega
40 g tepung
175 g cheese Parmesan atau Cheddar (atau campuran kedua-dua) – (grated)
40 g serbuk roti
450 g macaroni (atau pasta yang pendek)
secubit garam
sedikit serbuk lada hitam

Cara Penyediaan

Untuk membuat “bechamel sauce” :

1. Panaskan susu dan daun bay di dalam periuk kecil dengan api perlahan. Awas, jangan biarkan ia mendidih. Ketepikan.

2. Cairkan mentega di dalam periuk. Masukkan tepung, sebatikan. Masak selama 2-3 minit. Hati-hati agar tidak hangit. Tapiskan campuran susu tadi dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Sebatikan dan gaulkan perlahan. Masak sehingga mendidih, kacau selalu. Masak selama selama 4-5 minit. Masukkan sedikit garam dan lada hitam dan serbuk buah pala. Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.

3. Panaskan oven 200 darjah C (400 darjah F). Sapukan sedikit mentega pada bekas casserole (oven proof) dan taburkan sedikit serbuk roti.

4. Sambil itu, rebus pasta dengan air yang dimasukkan sedikit minyak dan garam (atau salted butter) sehingga 3/4 masak atau “al dente”. (Tip : kurang sedikit daripada masa yang dianjurkan di paket).

5. Buang air rebusan pasta dengan penapis. Masukkan ke dalam “sos bechamel” tadi, gaul rata. Masukkan ke dalam bekas casserole. Taburkan serbuk roti dan baki cheese tadi. Bakar selama 20 minit sehingga kekuningan dan cheese membuak.


Related Posts with Thumbnails

15 Responses to Macaroni and Cheese

  1. Salam kenal Wana, lompat dari Kelab Masakan Ben tu haa…bayak resepi menarik, gambar pun cantik….bole la bertandang selalu sini nnt…eh?

  2. Wslm Ummi….
    Salam ukhwah juga buat ummi. Saya pun baru je surf blog ummi…. banyak resepi best2 dan gambar makanan kat blog ummi meletop!!!. Anyway terimakasih sbb singgah rumah saya ni…. resepi saya biasa2 je!! nice to know you…. saya pun nanti akan selalu ke rumah ummi plak.. cari resepi………

  3. My favourite food and it look so delicious!!

  4. Salam kak…aik tetiba jer pindah rumah…apa pun macaroni nampak best orang baru jer berangan nak cuba resepi ayam rangup tetiba ada resepi baru , rajin sungguh akak memasak kan best kalau dekat boleh saya yang malas ni bertandang bawa pinggan he..he…

  5. Aries moon : thanks coz you like it!! trylah…. so easy!!

    Intan : Salam intan…… kerana sudi jenguk rumah baru akak!!! Akak ni bukan rajin sangat pun….. dah hari2 nak makan… tu yg hari2 kena masak tu…..tanggungjawab!!! kadang2 ada mood jugak!! bila time jemu memasak….. rasa nak makan luar plak!!! tukar2!! cam tulah selalu……

  6. waa akak manyaknyer resipi besh2 nak mamam tp nak wat tu ada mr.’M’ la skit dok bertempek kt sisi ni hehe….kak nant jemputla sggah kat blog mw ye thanks kak 4 d resepi

  7. Salam mummywow… terima kasih singgah blog akak ni… kalau kena penyakit Mr. M pun tak mengapa… datang je sini lepak2 n sembang… nanti kita pulah singgah blog awk ye….

  8. smekom akak..tumpang tanya ya..serbuk roti tu cmne ya?tringin gak nak buat..

    • Salam liyana…
      Serbuk roti ni adalah roti yg telah kering kemudian dihancurkan. Boleh dapatkan kat kedai bakery. Akak beli kat giant… kat bahagian bakery, memang ada jual!! Kalau nak buat sendiri pun boleh…. bakar sekejap roti dalam oven dengan api perlahan hingga roti keras lepas tu kisar hingga hancur. Apa2 roti putih boleh digunakan!!!!

  9. akak nak dapatkan daun bay tu kat mana? saya tak pernah beli pun

    • salam adelina… daun bay tu ada di jual kat pasaraya2 seperti tesco atau giant… kena check kat bahagian spice/rempah ratus… biasanya dalam botol kecil…

  10. Assalamualaikum, emm berapa kos nak buat macaroni and cheese ni?

    • salam toyero… anggaran kos lebih kurang rm 20.00 – 30.00… bergantung pada brand dan banyaknya kita masak… keju tu agak mahal sikit…. tp boleh guna saiz kecil…

  11. salam kak… saye org mude 1st time nak mencube resepi ni. So banyak skit la nk tnye ni. =))
    -tepung yg akak gune tepung gandum lah ye?
    -serbuk penaik yg akak gune tu yang maulipan (serbuk penaik roti tu ke?)
    -serbuk buah pala ni 1st time sy nk gune,so dye ada jual dalm kuantiti skit tak? sebb ni just cube dulu sebelum bg org lain rase ^ ^
    -last, cheese ceddar & parmesan tu boley dapat kat giant tak? mahal tak ek ?
    mekasih !! =))

  12. salam nak tanye, yang langkah ke2 “Padamkan api dan masukkan 30 ml cheese dan kacau hingga cheese cair dan sebati.” tu…. camane nk ukur 30ml cheese??

    resepi ni untk brape orang ye ? nmpk cam byk .. untk 1st trial agak2 sukatan dye camane ye?

    Trima kasih ! =))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>