Lada Jeruk ( Cili Jeruk )

Salam sejahtera semua…… hari ni saya terfikir nak buat lada atau cili jeruk memandangkan stok cili hijau dalam peti sejuk agak banyak…. Kami sekeluarga suka sangat makan lada jeruk ni lebih-lebih lagi jika dimakan dengan mee atau kue teow goreng…..  Ada beberapa cara nak buat lada jeruk ni tetapi saya suka buat ikut cara emak saya…..  Waktu kecil-kecil dulu saya selalu melihat emak saya mencelur cili potong kemudian mencampurkan dengan air cuka yang telah dicampur dengan gula dan garam. Kemudian kami makan dengan pelbagai jenis masakan mee. Saya pula sangat suka cili padi yang dibuat  jeruk kerana lebih pedas…. Suami dan anak-anak pula suka cili hijau potong…. jika saya buat cili jeruk, saya akan mencampurkan kedua-dua jenis cili ni…. Boleh pilih ikut suka bila nak makan nanti!!!….. Jom…. mari belajar buat cili jeruk!!!  resepinya di bawah!!! Selamat mencuba!!!

Resepi Lada atau Cili Jeruk

20-30 biji cili hijau ( anggaran ) atau jika suka boleh gunakan cili padi
1/2 cawan gula
1 sudu makan penuh garam
2 cawan air panas
3/4 cawan cuka ( atau 1 cawan jika mahu lebih masam )

Cara Penyediaan

1. Cili hijau di potong-potong tapi tak perlu nipis-nipis. Kasar-kasar je!.
2. Letakkan cili tadi di dalam mangkuk yang sesuai saiznya kemudian curahkan air panas. Rendam selana 2-3 minit.
3. Kemudian toskan airnya. Masukkan dalam botol bertutup kemudian buat air cukanya.
4. Satukan gula, garam dengan air panas. kacau hingga larut. Kemudian masukkan cuka makan tadi.
5. Tuang air cuka kedalam botol bertutup yang mengandungi cili yang telah di celur dengan air panas tadi.
6. Tutup dan biarkan sehingga warnanya bertukar ( dalam 2-3 jam ). Bolehlah dihidangkan dengan Mee goreng atau kue teow.

*** Jika lama di simpan air cuka akan mula berubah warna…. keluarkan cili, tapis semula dan buang air cuka yang lama tu….Buat air cuka yang baru guna resepi yang sama….. masukkan semula cili tadi dalam air cuka baru…. dan simpan dalam bekas semula.


Related Posts with Thumbnails

21 Responses to Lada Jeruk ( Cili Jeruk )

  1. Salam kak, soklan cam tak bijak tapi nak tanya gak, cili padi kena potong juga ke kalau tak potong cam ok tak

  2. Salam Intan…
    Cili padi tu tak perlu dipotong2. Masukkan sebiji-sebiji je….

  3. hi…
    sy nak cuba u punyer resipi lada jeruk nih…kebetulan tadi d ladang bunga ada orang kasi cili hijau…mudah2an jadikla…thanks yer…

  4. bagi saya jeruk cili sangat berguna kerana saya boleh beli cili banyak dan simpan dengan menjerukkannya.

  5. salam..bestnya..wat jeruk cili..kadang2 aku makan cam tue je..

    • salam azam… cili jeruk ni memang sedap makan cam tu je… sebab dah tak pedas kan… tapi akak lebih suka makan dengan mee goreng!! sedap sgt!!!

  6. salam kak… mlm ni first try saya buat….jeruk cili ni… follow ur instruction.harap2 jadi laaa :P

  7. Salam Wana, biji cili tu kena buang ke?nampak gambar sebelum ada biji , tapi yang jeruk macam tak de biji, biji tu gugur masa rendam dengan air panas ke atau bila dah rendam dengan cuka tu dia terlerai sendiri?

  8. fb songkokamin

    salam puan.. Besar jasa puan kongsi resepi ni..saya yang merupakan penanam cili memang banyak cili hijau terutama bila hujung musim (saiz kecik2) kedai2 makan banyak yang saya tapau.. Cop jempol diorang bagi untuk rasanya..sekarang tak menang tangan saya di buatnya..rahmat buat puan..

  9. fb songkokamin

    saya lalu kan sedikit pada air untuk asingkan biji sebelum rendam dgn air panas..Dan pedasnya akan cepat kurang..pedas sgt peminta char kue teaw komplain..hehe

  10. Tq..1time nk wat cili jeruk.cili tgah byak..hope jdlah cili jeruk ku ini..

  11. fb songkokamin

    kenapa cili jeruk rasa pahit ada tips tak?

    • cili jeruk rasa pahit ya!!… saya dah byk kali buat cili jeruk ni…. belum pernah pulak terkena sebegitu….. mungkin kena check juga bahan2 yg digunakan semasa pembuatannya…. mungkin cuka yg sudah berubah rasa….. saya pun tak pasti….

      kalau cili jeruk jadi pahit kena chek juga berbahaya @ tidak utk di makan…. kalau bahaya dan boleh menyebabkan food poisoning kena buang … kalau tak berbahaya cuci semula cili tu dgn air panas… kemudian buat air cuka yg baru!!!

  12. Salam kasih dan terima kasih banyak dari Tokma Ruqaiyyah (fb). Tokma ambik simpan jugak lauk pauk dari blog Wana buat tukar2 selera nanti bila masak untuk Tokbah. Harap Wana izinkan ya. Jazaakillahi khairal jaza’…….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>