Gulai Telur Dengan Udang Galah

My Husband baru balik Linggi Negeri Sembilan, tiba-tiba bawa balik satu kilo udang Galah!! Walaupun dia sendiri tak berapa sukakan udang, tetapi  masih teringat nak beli kerana ingat kan saya dan anak-anak  yang suka sangat makan udang…… Dapat makan udang segar dari ladang (  ladang lah sangat…. sungai je….. ) memang satu nikmat bagi saya…… Dekat kepala saya terfikir… nak masak apa dengan udang ni ya…. tiba-tiba teringat blog Yatie ( USA ) pernah post entri pasal gulai udang pedas…. Saya pun rasa nak masak lemak cili padi je!!! ala-ala gulai lemak pedas yatie……. Bezanya saya tambah telur pada gulai saya!!!! Saya takut anak saya tak cukup udang, so saya akan hulur telur pulak kat pinggannya!!! Maklumlah anak remaja yang tengah nak membesar…. makan punyalah kuat!!!!!.

Anyway memang best sangat gulai telur ni jika dicombinekan dengan udang galah…… Manis-manis udang terasa pula pada telur!!! Berbaloi duit my husband terbang rm 50….dapat beli hanya sekilo udang galah!!!! yang penting dapat makan udang baru dan segar……..

Resepi Gulai Telur Dengan Udang Galah

4 – 8 ekor Udang galah ( ikut saiz)
6 biji telur
2 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
4 ulas bawang merah ( ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk )
1 inci kunyit ( ditumbuk )
10 biji padi ( boleh tambah jika suka pedas )
2 keping asam gelugur
2 batang serai ( di titik )
daun limau purut  @
daun kunyit
garam secukupnya
perasa secukupnya

Cara Penyediaan

1. Masukkan bahan tumbuk, santan cair & serai ke dalam periuk.
2. Reneh atas api perlahan sehingga mendidih.
3. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat.
4. Masukkan asam gelugur dan santan pekat kemudian kacau sentiasa agar tidak berketul-ketul.
5. Bila mendidih masukkan udang. Kacau hingga kuah mendidih sekali lagi.
6. Pecahkan telur  ke dalam periuk satu persatu – jangan sampai kuning telur
pecah.
7. Masukkan garam, daun kunyit atau limau purut. Kacau dengan perlahan jangan
sampai pecah minyak.
8. Hidangkan dengan nasi putih.


Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. yatie says:

    Salam Wana,
    Uish sedapnya udang galah tu…terasa2 kemanisannya…ada lagi tak…bak yatie rasa telurnya pun jadilah….samalah, yatie kalau masak ketam/udang tu mesti letak telur….kot2 takut tak cukup…kih3…tapi kira oklah tu..kan…

  2. admin says:

    Salam Yatie…
    trima kasih sebab jenguk dapur saya…. mengintai udang galah ye!!!! tak pe nanti kita pos laju gulai ni ye….hihihi…. nampaknya kita satu citarasa!!! masak gulai udang/ketam mesti nak letak telur!!! Tu idea orang dulu dulu yang ramai anak, yg tak mampu nak beli udang/ketam banyak2 …. so letak telur je nak menampung….. anyway thanks kerana singgah…

  3. aishah says:

    salam wana, wah mcm2 resepi u..this one 1 should try nnti..biasalah, anak membesar ni kuat makan. my son kalau masak rendang ayam kejap je dh licin..

  4. admin says:

    W’slm Aishah…
    Terima kasih kerana sudi jenguk dapur saya…… silalah try!!! memang tak nyesal…. anak2 mesti suka……. samalah, anak saya pun cam tu gak…. kita sebagai org dapur ni kene fikir strategi gak macam nak mencukupkan dan memuaskan selera anak2…..Untuk kesejahteraan keluarga tercinta!!!

  5. yatie says:

    alahai kak ni penderaan mental nih.. dah lama nak mkn udang galah

  6. admin says:

    Salam Yatie…
    Yatie pun suka makan udang galah ye… samalah kite!!! Tapi bukan selalu gak dapat makan udang galah ni… kebetulan rezki…..

  7. ann says:

    Amboi… tergoda betui dengan resipi akak ni.nak try lah.kalau nampak je udang galah kat pasar,pasti i rembat.thanks kak cos share your recipe..

  8. zura says:

    salam kak..alahai sedapnye gulai akak tu ..nk kena try nih..

Submit a Comment