Puding Gula Hangus

Salam semua…. Hari ni saya buat puding gula hangus, buat santapan untuk berbuka puasa…. Rasanya dah agak lama saya tak buat puding gula hangus ni….. ┬áketika merayap-rayap dari blog-ke blog terjumpa pula resepi puding ni…. Dulu saya selalu buat guna resepi ibu mertua saya (guna sampai 10 biji telur bersama 1 tin susu cair)… tapi kali ni saya nak guna resepi dari chef hanieliza pula….. kerana saya rasa ia agak special sikit kerana resepi ni ada campuran kastad dan jus fruit Koktel serta kandungan telurnya tak banyak….. Saya terlupa nak copy link dia…. but thanks fo the recipe…. Yummy!!! Next time bila nak buat puding gula hangus saya akan guna resepi yang ini!!!

PUDING GULA HANGUS ( sumber : Dapur Hanieliza )

Bahan:
1/2 cawan gula .. di masak dan dicairkan hingga bertukar warna perang kemasan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti, dah siap ketepikan dulu….

1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal
5 biji TELUR
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

1 tin fruits cocktail…untuk hiasan

Cara membuat
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail.
8. Sejukkan…hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert.


Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Puding Gula Hangus

  1. Salam Wana,
    Mmng nmpk sedap puding ni…nak tanya gula 1/2 cwn tu kukus dulu….tnggu cair/hingga jadi gula perang…confius ni…

  2. Salam Yatie…
    1/2 cwn gula tu di masak hingga cair dan bertukar perang keemasan dekat loyang yang kita nak gunakan untuk kukus puding tu…. macam kita buat gula hangus tu….. tapi tak perlu letak air….. lepas tu tuang puding tu dalam loyang yg ada ada gula hangus tadi…. terus kukus!!

  3. Salam kak, tpng custard tu mesti guna yg brand BIRD atau boleh guna yg biasa2 je..sy pernah try tp bila dikukus custard tu tak memekat..cair sket la…

  4. ASSALAMMUALAIKUM KAK WANA,
    JUZ NK TANYA,INGAT X AKAK ADA BUAT PUDING/JELLY YG WARNA COKELAT BERKILAT TUH?DULU SAYA ADA COPY RESEPINYA TAPI DH HILANG.INGAT NK BUAT UTK JUADAH BERBUKA PUASA..BOLEH X AKAK BUKAK SEMULA?SAYA DH CUBA CARI DLM BLOG AKAK TAPI X JUMPA LAH…

    THANKS KAK WANA N SELAMAT BERPUASA!

  5. salam…saya nak tau plastik glaze nak tutup puding semasa mengukus plastik yg mcm mana.

    • salam hayati…. masa akk buat puding ni akak tak tutup puding ni dgn plastik glaze… kukus cam tu je…. tp kalau nak tutup boleh guna alu foil atau apa2 plastik nipis…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>