Ikan Sembilang Goreng Berlada

Ikan sembilang atau ikan keli goreng berlada ni, saya masak untuk  hidangan makan malam tadi!! …. Ikan sembilang goreng berlada ni lauk ‘feveret’ my husband…. kalau makan nasi  campur kat luar, nampak je ikan ni, mesti ambil sekor….  My husband memang layan giler ikan ni….Tapi ikan yang saya masak ni betul-betul fresh!!! Semasa saya beli, ikan ni masih bergerak-gerak, walaupun sudah disiang dan dibuang isi perutnya…. bila goreng baunya sangat harum dan isinya pula sangat manis!!! Apa-apapun sampai sekarang saya ni masih confuse……beza antara ikan sembilang dan ikan keli!!! kalau nak tau masa nak beli tanye taukeh kedai je…. tu pun kadang-kadang tokey kedai tak tau nak jawab sebab dia pun confuse…..

Resepi Ikan Sembilang/Keli Goreng Berlada
500 gm ikan sembilang atau keli ( buang perut dan di bersihkan )
1 labu bawang besar ( di potong2 @ di tumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
1/2 inci halia ( ditumbuk )
1 batang serai ( diketuk )
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar sos cili
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara penyediaan

1. Ikan yang telah dibersihkan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
2. Goreng ikan hingga kekuningan kemudian angkat dan ketepikan.
3. Masukkan 2 sudu minyak tadi di dalam kuali yang lain kemudian tumis cili kisar dan bahan bahan yang telah di tumbuk.
4. Masukkan serai kemudian goreng hingga wangi.
5. Masukkan  sos cili dan sedikit air dan masak hingga pekat sedikit.
6. Sesuaikan rasa kemudian masukkan ikan yang telah di goreng tadi.
7. Boleh kuah rata bolehlah di hidangkan.


Related Posts with Thumbnails

5 Responses to Ikan Sembilang Goreng Berlada

  1. wahhhhh…. terliuqqq la tengokk ikan keli masak berlada tueee… balikk niee nk cuba la… TQ yerrr…

  2. ikan sembilang mmg sedap pun, apatah lg kalu buat kari or org utara call it ‘Gulai Sembilang’ .Fuhh, mmg berselera la.ikan keli ikan air tawar, ikan sembilang pulak biasanya ada kat muara sungai / kuala.Biasanye senang dapat kat Taiping, Juru & Yan.Tu je la tempat yg biasa saya jumpa. Cara nak bezakan ikan sembilang & ikan keli ni dgn kepalanya je.kepala ikan keli tak licin, kepala ikan sembilang licin.ciri2 lain tak ingat le, kalu tgk baru tau :)

    • salam nor… tq sebab bagi tau ttg beza ikan keli dan sembilang tu… saya ni mmg tak kenal pun… tau masak je… saya pernah makan gulai kari ikan sembilang kat taiping… memang superb!!!!

  3. slm sis…nak fb boleh :d

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>