Kek Gula Hangus

Salam semua pengunjung yang dikasihi…. Hari ni saya terasa nak buat kek gula hangus, buat minum minum petang!! Sedap sangat kek ni…… Dulu-dulu memang tak pernah mimpi nak pandai buat kek ni, kerana rasanya macam susah je nak jadi….. masa lepas kahwin pernah buat sekali dengan resepi yang di beri oleh ibu mertua saya. Alhamdulillah menjadi dan cantik!! ¬†Sayangnya…saya telah kehilangan resepi tersebut sejak berpindah ke rumah yang saya duduk sekarang ni…. Nasib baik kat internet ni macam-macam ada…. akhirnya dapat juga cari resepi ni dari dapur kak ummi. Sekali buat je menjadi… sangat lembut dan sedap!!. Anyway terimakasih bebanyak pada kak Ummi for sharing!!… saya ingin kongsikan resepi ni kat bawah…..

Kek Gula Hangus ( sumber : Dapur Ummi )

Bahan:-

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 camca teh soda bikarbonat
  • 4 biji telor
  • 2 camca besar mentega

Cara Membuat:-

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam. (*saya bakar pada suhu 160 C selama 50 minit shj).


Related Posts with Thumbnails

24 Responses to Kek Gula Hangus

  1. Salam,
    akak sy dah try bnyk kali buat ni tapi penh jadi… cara2 dia sama cam akak buat tapi xbetul gak

    • Salam nurul..
      Kat mana silap nya yerr… akak pun actually tak berapa mahir wat kek… masa wat kek ni pun baru second time… tapi masa buat tu akak memang betul2 ikut sukatan kat atas tu… lepas tu ikut step by step resepi tu…. masa buat kek tu terkejut jugak kerana nampak cair sangat teksture dia tak macam kek biasa… tapi bila bakar jadik cantik dan lembut….. akak rasa nurul janganlah cepat berputus asa… harap cubalah lagi hingga berjaya!!!

  2. yg sy buat tu bukan akak punya resepi tgok dlm my resepi.. balik ni sy nk cuba yg akak kasi pulak.. harap2 menjadi.. sbb cake ni mak suka makan.. nk gak bagi kejutan kat dia yg sy yg buat hehehh

  3. sye nk tnye mcm mne cara nak masak ikan patin tak nak rasa hanyir

    • kalau nak hilangkan hanyir pada ikan patin biasanya boleh guna asam jawa atau air limau nipis. cuci dulu ikan tu dengan air utk hilangkan darahnya… kemudian gaulkan ikan tadi dengan asam jawa… gaul asam jawa tu bersama ikan hingga rata.. kemudian bilas dengan air… toskan ikan tsb barulah guna ikan tu utk di masak!!!

  4. salam kak…

    dh try wat kek gula hangus niee…wlalaaa…1st time buat tp hasil sgt2 best jes sy ubah sket..1 sudu soda + 1 sudu baking..sbb soda dh habis…tp sgt2 sedap la..xmanis..xtawar….huhu…tQ akk…lenkali nak wat gik….

    • salam farra… thanks sudi cuba resepi tu… kek ni actually susah nak menjadikkk… tapi kalau guna resepi kat atas insyaAllah menjadik cantik dan sedap!!

  5. Assalamualaikum Kak.. Kak, boleh saya tanya? Nak hanguskan gula tu sebenarnya macam mana?

    Tak boleh nak imagine lah cara2nya.. Letak gula dalam kuali, masak macam biasa je sampai bau hangus dan jadi keperang-perangan? Ke sampai berkerak? Ke macam mana ye?

    Semoga kak sudi mengajarkan saya bagaimana caranya.

    • Salam sharifah…
      Caraya mudah saja… masukkan gula pasir dalam kuali/periuk…. kemudian masak gula tu hingga cair dan bertukar warna perang… api jgn terlalu besar nanti hangus dan jgn terlalu kecil pula, nanti lambat pula dia nak mencair… bila gula tu cair dan bertukar warna sepenuhnya, tuangkan air keatas gula tadi sambil dikacau perlahan2. Seelok2nya guna air panas… proses ni harus berhati2 kerana gula akan menjadi sangat panas dan percikkan akan berlaku…. sila guna sudip yg panjang agar percikan gula tadi tak sampai ketangan kita… masak dan kacau gula tadi hingga semua gula larut. sejukkan seketika sebelum digunakan…

  6. Owh macam tu… Terima kasih Kak Wana!! Skrg baru faham dan dah betul2 jelas macam mana caranya.. Bolehlah mencuba selepas ni isnhaALLAH.. Semoga ALLAH merahmati akak, memurahkan rezeki dan memudahkan segala yang payah dan mengekalkan segala yang mudah di dalam kehidupan akak sekeluarga.. Aameen..

    Assalamualaikum.. :)

  7. Assalamualaikum. Kak, saya dah try. Alhamdlillah. Menjadi. Terima kasih kepada akak yg sudi berkongsi ilmu. Cuma, dia naik tinggi atau menggelembung bahagian tengah dia je. Tepi2 dia susut je.. But overall, alhamdlillah, resipi ni memberikan rasa yang baik.. :) Tapi warna tak sehitam warna kek akak.. Mungkin gula kurang hangus betul kot? So thanks to you..! ;)

    • Alhamdulillah!! resepi ni kalau ikut step insyaAllah menjadikk… memang betul tu… kalau nak gelap kena hanguskan gulanya lebih sikit… tp jangan terlalu hangus nanti pahit pulak!!!

  8. salam kak,bleh x kte kukus kek gula hangus ni..?

    • salam suzi… akak lum pernah cuba kukus kek ni lagi…. tak tau pulak jadik ke tak kalau kita kukus kek tu… kalu ikut logik boleh sebab dalam resepi tu ada soda bikarbonat…. anyway kena try dulu baru tau….

  9. erm…best tgk kengkawan yg berjaya 1st time buat kek ni.semalam try buat coz tunang sy ske sgt kek ni,tp sy je xtau buat.huhu,xjd.mcm nangka busuk jdnye.ermm..xtaula mn silapnye

    • slm eta…. kek ni macam susah sikit…. tp bila buat tu tak lah sesusah mana…. akk buat ikut betul2 step diatas…. InsyaAlah menjadikk… jgn berputus asa… cubalah lg… sblm tu buat reaserch sikit dengan menggogle sebab2 kek tak jadi… akak selalu buat macam tu kalau kek akak lain macam je hasilnya….

  10. salam. memg kene letak mentega terus dlm gula hangus tu ke?

    • salam rory… bila gula yg telah dihanguskan sudah barcampur dgn air bolehlah terus masukkan mentega… waktu gula masih suam2. kemudian baru lah disejukkan.

  11. As-salam…nak tanya…kalau kita kukus boleh tak?

  12. ririey natasha

    dah try sekali, tak menjadi, ni tgh buat yg 2nd.. huhuhuhu doakan berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>