Ayam Goreng Ala Mamak

Salam buat semua pengunjung yang dikasihi….. Terimakasih kerana masih lagi mengikuti perkembangan blog Potret Kasih ni… Hari ni saya ingin mencuba pula menggoreng ayam ala ala mamak style….. Siapa yang selalu makan kat kedai mamak, mesti tau biasa tengok ayam ni!!…. Sesekali menggoreng ayam dengan cara begini  memang best!!…. ayam rasa berempah dan pedas-pedas sikit!!!family saya suka sangat ayam goreng ala mamak ni!! Sesiapa nak cuba ayam goreng ni, sila dapatkan resepinya dibawah…Selamat mencuba!!!…..

Resepi Ayam Goreng Ala-Mamak ( sumber :  Majalah Rasa )

1 ekor ayam  ( di potong 4 @ 6 )
5 sudu makan pes bawang putih
5 sudu makan pes halia
5 sudu makan serbuk cili
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan manis
1 biji telur
Tepung beras secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Daun kari ( di goreng sekejap dan di tabur pada ayam)

Cara penyediaan

1. Gaul ayam bersama pes bawang putih, pes halia, serbuk ketumbar, serbuk ketumbar dan garam hingga sebati.
2. Perap selama 30 minit.
3. Kemudian salutkan ayam dengan telur dan tepung beras.
4. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dalam deep frier pada suhu 160 darjah celcius selama 15 minit atau hingga masak.
5. Angkat dan toskan!! Taburkan dengan daun kari goreng  dan sedia untuk dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails

14 Responses to Ayam Goreng Ala Mamak

  1. ha ah..memang sebijik cam kat kedai mamak..oo cam ni rupanya..nak try gak nanti..budak2 mesti suka ni

  2. mas satu family suka sangat makan ayam goreng ni kat kedai mamak….sedapnya…thanks ye wana resepi ni, mas nak cuba nanti…tengok ayam tu memang sebiji kat kedai mamak..sedap2…

  3. izah…
    Silalah try!!!… kita sama-sama belajar… nanti dah pandai….. tak lakulah ayam kat kedai mamak tu…..

  4. Mas….
    Samalah… anak k wana pun bila lalu kat kedai mamak tu… selalu ngintai ayam goreng mamak tu… bau dan warna ayam tu memang menyelerakan!!! Tapi rasanya masih boleh di perbaiki lagi untuk tambah rangup!!! Sebab kak wana letak tepung beras sahaja macam ada keras2 sikit!! kak wana telah derhakakan resepi tu dengan mencampurkan sedikit bread crumb untuk lebih rangup!!!! terpulanglah pada masing-masing!!! yang pasti rasa dia memang sebiji macam kat kedai mamak punya!!!!!

  5. salam kak… aduhaiii dtg mlm2 nih rasa lapo la pulak nengok ayam goreng nih! nanti nak cubelah!

  6. Salam Hana…
    trylah hana…. at least dapat lepas rindu kat Me’sia ni…. Kat jepun ada kedai mamak tak….. jeolous lak nengok life hana kat oversea…. cam best je…..

  7. salam kak. saya budak baru belajar ni,maka mohon tunjuk ajarnya :)
    yan pes bwg putih dan halia tu maksudnya kita kena tumbuk dulu lah bwg dan halia tu ye?

  8. Salam Diyana…
    Ya betul ….. tumbuk dulu bawang putih dan halia tu… agak-agak je dalam 5 sudu makan gitu…. kalau nak kisar pun boleh… Biasanya kat kedai mamak tu diaorg kisar halia atau bawang putih asing2…lepas tu… masukkan 5 sudu makan halia dan rempah2 lain dalam ayam tu……baru goreng spt dlm resepi…. gitulah kira2 nya… harap penerangan ni dapat membantu…..

  9. hye kak wana..sy excited tgk blog kak wana..full of colors and recipies..Sebenarnya saya baru je mendirikan rumahtangga..takla berapa pandai memasak,,tapi bila sy view blog kak wana ni sy rasa seronok amek resepi2 yg kak wana bg…sy pasti akan cuba!!! saya harap saya akan pandai masak mcm kak wana satu hari nanti..InsyaAllah~

    • Salam Azneen..
      Terima kasih kerana suka blog resepi akak ni!!! Akak harap azneen suke dengan semua resepi2 kat sini… Akak dulupun masa baru2 kahwin tak berapa pandai masak… nanti bila dah ada anak dan berkeluarga, lama2 kita jadi pandai jugakk…. yg penting kita rajin mencuba dan tak putus asa!!

  10. Salam…ni mesti cuba nii

  11. telur dgn tepung tu gaul skali dgn ayam ke mcm mane?

    • ayam yg telah di perap basahkan dulu dgn telur… kemudian masukan dalam tepung hingga rata….kemudian baru di goreng!! tapi kalau nak gaul sekali ayam tu dgn telur dan tepung pun boleh jugakk…. akak pernah buat ok jugak… tak de masalah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>