Sayur Kobis Goreng Ala Mamak

Sayur kobis goreng ala mamak ni adalah hidangan tengahari saya sekeluarga hari ni…..  saya makan bersama lauk ayam goreng ala mamak  dan ulam-ulaman serta sambal. Jarang saya makan lauk macam ni kecuali kat kedai mamak…. Sesekali dapat makan ‘mamak style’ di rumah best juga… sekurang-kurangnya dapat tukar angin dan citarasa!!! Sayur goreng ni pun tak susah nak buatnya karana caranya sama macam sayur goreng biasa je cuma warnanya je yang berbeza!!! Rasanya lain sikit kalau sayur tu di bubuh daun kari….. Cubalah ubah selera…. supaya masakan kita tak terasa jemu!!!

Resepi Sayur Kobis Goreng Ala Mamak

1/4 biji kobis ( di potong kecil-kecil )
1 biji karot saiz kecil ( dipotong )
1 pokok daun bawang ( dipotong 1 inci )
4-6 ekor udang ( jika udang besar potong udang kecil sedikit )
4 ulas bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih (di hiris )
sedikit daun kari ( jika suka )
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukupnya.
Serbuk perasa ( jika suka )
Minyak untuk menumis secukupnya.

Cara penyediaan

1. Masukkan 2 sudu minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang merah yang telah di hiris tadi.
2. Masukkan udang dan serbuk kunyit. Goreng hingga wangi.
3. Masukkan kobis dan karot. Masak hingga agak lembut.
4. Masukkan garam dan perasa. Sesuaikan rasa masinnya…..
5. Last sekali masukkan daun bawang dan daun kari. Kacau sebentar dan tutup api.
6. Sedia untuk di hidangkan.



Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Sayur Kobis Goreng Ala Mamak

  1. Salam Wana..terima kasih singgah diblog saya. Maaf sbb singgah senyap2 kat umah Wana…apa pun saya suka tengok stail Wana amik gambar…:)

  2. Salam fikriah…
    Sangatlah suka dan berbesar hati sekali saya, kerana fikriah pun sudi singgah sini….. kat umah fikriah gambar-gambarnya pun cantik-cantik….. sy pun suke tengok!!… apa2 pun terimakasih kerana pujian tu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>