Sup Ekor Pedas

Jom makan sup ekor pedas!!! Hari ni saya mencuba resepi Sup ekor pedas, resepi baru yang saya ambil dari majalah Rasa keluaran terbaru ( bulan Ogos 2010 edisi ramadan ). Resepi ni dari chef Mohd Zaihan dari Hotel Palm Garden. Sedap sangat sup pedas ni….. walaupun namanya sup pedas tapi rasanya tidaklah pedas!!! Anak-anak saya suka menghirup sup ni. Kalau nak tau rasanya seperti sup tulang kok kok yang popular kat Kelantan tu….. tapi sup ni lebih power dan lebih berempah lagi!!. Cuma satu yang saya tambah iaitu saya taruh jus limau nipis untuk rasa masam untuk mengimbangi rasa muak sup ekor. Bagi lidah saya sup ekor pedas ni kalau masam sedikit lebih terselah kesedapannya……….. Berminat nak try… tengok resepinya di bawah!!!!

Resepi Sup Ekor pedas ( sumber: Majalah Rasa )

4oo gm  ekor lembu ( rebus dulu )
1.25 lter air
4 sudu makan minyak masak
2 batang serai
2 tangkai ketumbar
2 sudu bawang goreng
jus limau nipis secukupnya ( resepi asal tak letak )

Bahan kisar

8 biji bawang merah
2.5 cm halia
3 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
3 sudu teh lada hitam
3 sudu teh ketumbar
2 sudu teh jintan manis
2 sudu teh jintan putih
garam

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga berbau harum.
2. Kemudian masukkan air rebusan daging dan juga serai. Biar mendidih untuk seketika.
3. Setelah itu masukkan ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit.
4. Keluarkan minyak yang terdapat dibahagian atas sup, masukkan jus limau, sesuaikan rasa dan taburkan dengan daun ketumbar serta bawang goreng diatasnya.
5. Sedia untuk dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Sup Ekor Pedas

  1. nampak sedap sangat, pulak bace crite kesedapan sup nih.nak kena beli ekor nih..tak pun tulang pun boleh kot…

  2. Salam Izah…
    Akak rasa sup tulang pun boleh…. tak ada masalah!!! Yang penting tukang masaknya pandai sesuaikan rasanya…. pasti sedap!!!

  3. Thanks for the resepi..i read out most of ur resepi…nmpk sedap n i yakin insyallah sedap…i follow ur blog if u dont mind…blh ke i cuba resepi u? thanks for sharing..

    • Salam nor lyana..
      TQVM kerana sukakan resepi2 kat sini!! Kalau sudi cuba resepi2 kat cni, akak sangat hargai!!! resepi2 kat sini boleh je ambil… dan tak perlu minta izin!! memang untuk di kongsi bersama!!!

  4. salam kak, nampak sedap je, rasa nak cuba resepi ni tapi tak paham step no 2 dgn no 3 tu la, dalam step no 2 tu air rebusan daging tu guna yg 1.25 liter air tu ke? pastu step no 3 tu masukkan sup ekor yang telah direbus dan didihkan dengan api perlahan selama 20 minit, ni macamana plak ni tetiba sup ekor dah siap, confuse la…..sorry klau tanya soalan bodoh, saya baru nak belajar masak ni..

    • Salam Sahar..
      Ha,aa lah… baca resepi mmg confuse… ni sebab salin bulat2 dari resepi tu. Thanks sebab bg tau….. senang cite.. rebus dulu ekor tu sampai empuk… ambil kuah sup @ air rebusannya anggaran 1.25 liter atau lebih ( klu suka kuah lebih boleh letak lebih sikit…). lepas tu tumis rempah2nya barulah masukkan serai, ekor dan sup tadi… resepi ni mudah dan senang… hrp next try sup ni menjadikk dan sedap… mudah2an.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>