Sup Cendawan Tiram Bersayur-sayuran

Hari ni saya buat sup cendawan  buat hidangan tengahari…… rasanya dah lama tak masak sup cendawan… sedap betul bila makan dengan nasi panas-panas dan sambal kicap…. walaupun masakan ni simple je, tapi penuh khasiat dan tinggi seratnya. Bila umur dah meningkat ni, saya hanya nak makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan je…. takut penyakit yang bukan-bukan datang… manalah kita tahu… hari ini kita sihat esok lusa belum tentu kita sihat kan!!! Sebelum penyakit datang, lebih baik kita jaga pemakanan kita………….

Resepi Sup Cendawan bersayur-sayuran

3 paket cendawan tiram ( paket yang kecil )
1 biji karot ( di hiris memanjang )
sedikit hirisan kobis
2 paket fishball
200 g isi ayam ( di potong kecil2 )
3 biji bawang merah ( ditumbuk )
3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
2 sudu teh lada putih  (ditumbuk )
daun bawang
daun sup
sedikit minyak  untuk menumis
air secukupnya
kiub ayam, garam secukupnya.

Cara penyediaaan

1.  Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam.
2. Masak hingga kecut kemudian masukkan air secukupnya untuk sup.
3. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, fishball, dan cendawan tiram.
4. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan daun sup.


Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Sup Cendawan Tiram Bersayur-sayuran

  1. salam wana…sedapnya sup cendawan tiram ni..dah lama saya tak makan cendawan tiram ni sbb kat sini susah nak dapat. Bila sesekali terjumpa cendawan ni mesti saya beli walaupun harganya mahal sikit.

    • Wslm fikriah… bestkan cendawan tiram ni… my feveret too… saya suke sangat!!!! kat sini senang nak dapat, harganya pun murah je….. kalau kat oversea tu mungkin lebih banyak pilihan cendawan, berbanding kat M’sia ni… rasanya boleh je kut wat sup… cuba jelah! mana tau sedap!!!

  2. singgah jalan2 cari resepi sup cendawan ;)

  3. salam ziarah…saja singgah untuk melihat resepi sup cendawan.mudah bebenor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>