Meehoon Goreng Taucu


Salam hujung minggu…  Cuti-cuti ni bestkan!…. dapat luangkan masa dengan famili tercinta… kalau tak keluar jalan-jalan, boleh habiskan masa bersama sambil berehat serta menonton rancangan kesukaan di TV…  Plan saya hari ni nak keluar……tapi tak kisahlah kat mana pun….asal dapat keluar melihat dunia luar dah cukuplah…. So pagi ni saya masak mee hoon goreng taucu buat breakfast…. resepi saya ambil dari dapur ayu dari Singapura…. ni first time saya masak mihun taruh taucu. Memang sedap rupanya bihun goreng ni kalau bubuh taucu… thanks ya ayu.  Tak sedar saya makan dua kali tambah meehun goreng taucu ni. Sedap……


Resepi Bihun Goreng Taucu ( sumber : Dapur Ayu )

Ingredients:-
400g mee hoon direndam hingga lembut
*50g udang kering direndam
*3 biji bawang putih
*11/2 biji bawang besar
4 sudu besar taucu di tumbuk kasar-dibilas supaya kurang masin
5 sudu besar cili kisar
udang sederhana besar
sawi secukupnya
taugeh secukupnya
garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
(*bahan kisar)

Hiasan:-
tauhu goreng dihiris (optional)
daun kucai-(optional) -
telur dadar yang dihiris halus-( saya tak buat)
jus limau
cili jeruk
bawang goreng

Method:-
Tumis bawang putih & bawang besar kisar hingga naik bau.Masukkan cili kisar kacau rata dan biarkan hingga garing. Masukkan udang kering , udang dan kacau rata. Masukkan taucu , biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu. Gaul kan batang sawi hingga agak lembut baru masukkan daunnya, masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, gaul hingga rata.Kalau nak gaulkan dengan tauhu pun boleh juga. Matikan api, taburkan daun kucai, hirisan telur dadar, perahan jus limau, cili jeruk  dan bawang goreng. Siap untuk dihidang.


Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Meehoon Goreng Taucu

  1. mmg sedap ni…pnh gak mkn yg ade kuah tauchu-sedap gak…erm,lama tul x buat :p~

  2. Kak, saya pon buat bihun goreng pagi tadi. Tapi tak letak taucu, kurang ummmphh la. Nanti nak cari stok taucu. Mesti! Tu resepi my mum.

  3. wah kak wana, mas tak pernah buat lagi bihun goreng taucu, nanti nak try la..nampak sedap la…

  4. Salam del…
    sodap gak meehun taruh taucu ni… akak pun pestaim buat…. not badlah rasa dia… trylah…

    Slm azlina…
    Ooo awk pun masak bihun ya… bolehlah kita tukar2…. tapi kalau nak msk bihun campur taucu ni best gak!!! tukar2 selera….. taklah jemu!!!

    Salam mas
    Silalah try…. best gak sesekali tukar selera makn bihun taucu ni!!!! akak suka…. 2x tambah tu…

  5. alamak.. terliurnye tengok gambar bihun tu bulan2 pose ni kak. nampak sedap sangat. saya search resepi nak buat gulai tauchu, cz kat rumah ada ikan patin. agaknye sesuai tak kak wana kalau ikan patin masak gulai tauchu?..

    http://wanshah87.blogspot.com

    • Salam Wanshah….
      Wow sedapnya…. actually akak lum pernah buat gulai taucu ikan patin…. kalau ikan goreng tauchu tu adalah…. Bagi akak sedap tak sedap sesuatu masakan tu bergantung dengan bahan yg digunakannya…. Kalau kita kreatif dan rajin mencuba mesti jadikkkk punyer!!! Wan try lah buat … nanti boleh share kat blog ye… kalau sedap akak pun nak mencuba……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>