Hidangan Hari Pertama Sahur

Salam semua muslimin muslimat…

Wah hari ni first time kita semua dah start puasakan….. Ada yang rasa seronok dan tak kurang pulak ada yang rasa puasa ni agak membebankan kerana terpaksa berlapar dan berdahaga….. terpulanglah kepada masing-masing… Adalah lebih baik kita menjalani ujian  ini dengan sabar dan takwa…..

Hari ni nak entri pasal hidangan sahur yang saya masak pagi tadi…. Semalam bangun kul satu pagi masak nasi dan masak lauk pauk….. Semangat betul nak masak!!! sebab anak pompuan saya yang namanyer anis itew sangat bersemangat nak bangun untuk makan sahur…. sejak semalam asyik2 bertanya menu akan saya masak untuk sahur!!! Dan 3 hari sebelum puasa dah tanya hidangan berbuka puasa apa yang akan saya masak……. Aduss!!! Inilah anak-anak ku… bulan pose bukan fikir nak berlapar dan dahaga… tapi asyik2 pikir makan, makan, makan………..

Ni hidangan pertama yang saya masak masa sahur….. walaupun masa saya entri ni lauk2 nya semua dah berada dalam perut kami, tapi sempat saya snap gambarnya buat kenangan….. Namanya Sambal Isi Ikan Kembung. Menu wajib kami masa sahur adalah sambal!!! Kalau tak ada sambal tak lalu makan…. Sambal ni macam mangkin gitu…. Merangsang selera untuk makan!!! Sedap tau sambal ni…… kalau lebih pedas lebih sedap!!! lebih terangkat…… Tapi yang ni saya buat  tak pedas sangat sebab princess saya itew tak tahan pedas!!…. nanti senang2 saya post dia punye resepi!!!

Ni hidangan kedua Sardin Masak Kicap. Saya beli brand  ’king cup’, brand kesukaan saya…. Tapi saya beli tin kecik… tu yang seconet je isi dia. Sardin masak kicap ni ‘feveret’  saya… Time sahur ni jangan bagi saya gulai ke… apa ke… bagi saya benda ni pun dah cukup!!!!

Resepi Sardin Masak Kicap

1 tin sardin ( saya guna saiz kecil )
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
6 biji cili padi ( hiris atau sebiji2 )
2-3 sudu besar kicap manis( kalau nak kuah lebih boleh taruh kicap lebih )
1 sudu makan sos tiram.
minyak untuk menumis

Cara membuatnya

1. Tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Kemudian masukkan kicap dan sos tiram.
3. Last masukkan sardin. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat.

*** Senang dan sedap!!! Sila jangan seksa diri anda dengan membuat menu yang susah2!!!!!

Lastly…. sayur mesti ada…. saya masak Sayur Kobis dengan kacang panjang goreng udang!!!! Di bulan puasa mesti kena banyak makan sayur!! Badan kita kurang air dan selalunya kita banyak makan makanan yang manis2!!! So kita kena selalu banyakkan makan sayur atau serat supaya seimbang !!! Yerrr!!!…. pakar pemakanan memberi nasihat…… harap diikuti………..

Resepi Sayur Kobis dengan kacang panjang goreng udang

5 batang kacang panjang
Sepotong kobis
1/2 labu bawang besar ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( di hiris)
4 ekor udang sederhana ( potong kecil2 )
1 biji cili ( di hiris )
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam dan perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris…. hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram, udang dan sayur2an.
3. Sesuaikan rasa… bila sayur mula layu bolehlah diangkat.

*** senang!!! sambil pejam mata boleh buat!!!!



Related Posts with Thumbnails

4 Responses to Hidangan Hari Pertama Sahur

  1. ..menu kita sama…….sardin,…….rata2 blogger msk sardin 1st day sahur.jenuh BW tadik..tp x pernah try sardin masak kicap..mesti cuba nih..tq!

    • Salam lynn….
      Memang betul lah lynn…. selera masa sahur ni memang pelik!!! sardin pun rasa bestkan… Tapi sardin masak kicap ni pun boleh tahan sedap… feveret saya sejak dulu… silalah try… mesti tak nyesal punyerrr….

  2. Wonderful la blog akak ni, really inspired me nak masak yang canggih canggih. Cara penyampaian mmg semua makanan nampak sedap dan mudah. Terima kasih byk kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>