Ayam Kukus ( Ayam Stim )

Ayam kukus ni hidangan kami sekeluarga masa berbuka puasa semalam…. Semalam betul-betul dah buntu nak masak apa…. Kat peti sejuk tak banyak sangat stok, cuma ada ayam dan sedikit sayur jerrr. Bila tengok  ayam jerrr mulalah kepala berdenyut-denyut!!! Pukul 5 petang pun belum masak apa lagi….. At last terfikir gak pasal ayam kukus ni, menu kesukaan anak lelaki saya yang dah lama tak buat!!!…  Apa lagi bersilat kat dapur nak menyiapkan menu ni…. Akhirnya…. siap gak !!! Ermmm lamanya tak buat ayam kukus ni…. sampai terlupa saya ada menu yang best ni!!! Layan resepi dulu…..

Resepi Ayam Kukus ( Simple dan sedap)

Seekor ayam muda (di bersihkan dan jangan dipotong)
2 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu garam
* bahan-bahan ini di tumbuk dan di gaulkan dengan ayam kemudian dikukus selama lebih kurang 40minit – 1 jam (ikut saiz ayam). Cara penyediaan, boleh di potong-potong atau di hidangkan tanpa dipotong…. terpulanglah kpd anda!!

Sos
6 biji cili merah
6 biji cili padi ( ikut suka, kalau nak lebih pedas boleh tambah cili )
2 ulas bawang putih
1 biji buah tomato
1/2 inci halia
1 sudu garam
4 sudu gula
4 sudu cuka makan
1 cawan air masak
2 sudu sos ikan ( jika suka, tetapi jika letak sos ikan lebih sedap )
** Semua bahan-bahan di kisar dalam blender hingga lumat. Sesuaikan rasanya dan  boleh dihidangkan.

Salad
Timun
Tomato
Daun salad
*** Semua bahan di potong dan di hias di atas pinggan.

Kuah sup.
Air kukusan ayam ( air yang di gunakan untuk mengukus ayam di gunakan sebagai sup)
1 batang Serai ( masukkan serai semasa nak kukus ayam tadi , bau akan keluar sangat wangi dan menyelerakan)
Sedikit bawang goreng
air limau nipis/kasturi
sedikit serbuk perasa ( jika suka)
daun sup/daun bawang
** Air kukusan bersama serai tadi di perisakan dengan garam, perasa, jus limau nipis dan ditaburkan dengan bawang goreng dan daun sup.
Dah siap bolehlah di hidangkan…

*** Ayam kukus ni boleh di makan dengan nasi ayam atau nasi biasa…… Saya makan ngan nasi putih biasa jerrrr…..

Related Posts with Thumbnails

22 Responses to Ayam Kukus ( Ayam Stim )

  1. salam kak wana… baru ingat nak buat ayam kukus petang ni :) tapi beza sikit, kita biasanya letak madu instead of garam

    cantik² lah gambar kat sini

    • Wslm lee lin…. Wah awk pun suke ayam kukus ye… ayam kukus ni macam2 cara!! terpulanglah selera masing2!!! tapi ayam kukus letak madu ni cam special je… nanti boleh jangan lupa letak resepinya kat blog tau… bolehlah akak cuba!!!

  2. salam kak,

    simple jer nak buat ayam kukus ni, nnt nak buat gak lah…

  3. kak wanna, saya dah test buat bebola roti goreng tu. menjadik la. sedap rasa dia. :) ni ayam kukus ni pun nampak sedap je ni. boleh try la balik nanti. tapi ayam dah potong2 boleh gak ke kak wanna?.. lagi satu nak tanya, sos ikan tu camne ek kak?.. kalau sos tiram saya biasa guna. :) thanks 4 sharing ye kak. :)

    http://wanshah87.blogspot.com

  4. Salam wanshah…
    Ayam kalau dah potong2 boleh gak buat.. tak de masalah!!! esok akak update balik n3 ni… letak gambar sos ikan yg akak guna tu ye… anyway tahniah kerana berjaya wat bebola roti tu ye…

  5. yup, sama2 kak. :) harini menunggu resepi baru akak plak. resepi ape plak harini ye. heheh.. tadi orang rumah mesej. dia ngidam nak makan burger daging. balik karang nak kena gi beli daging burger plak la. ke kak wana ada resepi burger yang simple tapi best ke?.. :P

    http://wanshah87.blogspot.com

    • Salam wan..
      Opss terlepas pandang komen yg ni… akak ada resepi homemade burger… tapi belum berkesempatan nak buat!! nanti ada kelapangan akak entri ye….

  6. salam kak wanna,

    saya nak tanya, cara masak kukus dan stim, sama je kan ? saya keliru la. kiranya kukus dalam bhs malaysia, stim dlm english kan ?

    satu lagi, saya nak tanya kak wanna. kalo saya guna rice cooker je utk kukus ayam, ok kan ? saya ada beli rice cooker brand tesco dan dia bagi sekali pan pengukus. cuma saya nak tau, air tu nak letak byk mana ? nak letak penuh smp ke permukaan pengukus atau ada jarak sikit ?

    saya buat utk makan sorg sbb saya bujang lagi dan tgh cari idea utk healthy cooking. jadi mungkin 2 atau 3 ketul ayam, dah cukup. jadi bahan2 rencah tu saya nak kena kurangkan sikit, kan kak wanna ? mcm mana ek, nak sesuaikan ?

    • Wslm izzu…
      Kukus ( BM ) atau stim ( English ) tu sama je… caranya kita guna pengukus biasa dan kalau nak guna rice cooker pun boleh….. letakkan air kat dalam periuk kemudian atasnya kita letakkan ayam yang telah di lumur dengan halia, bwg putih dan garam.. Sukatan air tu jarakkan sikit dari permukaan pengukus. Bila kita kukuskan ayam tu air akan semakin berkurangan kan… so kena sentiasa check air tu… kalau dah tinggal sikit kena tambah kan air lagi hinggalah ayam masak.

      Untuk sup nya ambil jer baki air kukusan tu tambahkan dengan serai, bawang goreng, jus limau, garam , daun sup dan sedikit perasa jika suka.

      Kalau nak buat 2 @ 3 ketul ayam boleh kurangkan sikit bahan rencahnya kepada 1/2 atau 1/3 dari resepi asal….. agak2 jerrr.. jangan rasa takut!! resepi ayam ni tak macam buat kek, kena tepat sukatannya. Ayam kukus ni tak perlu tepat sgt sukatannya… yg penting kita kena pandai adjust rasa dia….

      Harap info ni dapat membantu!!

  7. Salam.. tengah tercari2 resepi ayam kukus ni.. nampak senang n ringkas jer resepi ni. Insayallah nak cuba lah nnt. TQ

  8. Salam dari California :)
    Terima kasih!!! Akhirnya ada juga plan nak masak apa untuk dinner hari ni :) Mudah dan nampak sedap..yum2

  9. menu ni nampak cam best..simple n healthy..
    sesuai utk yg berdiet..

  10. hai..ank sulung sy syka sgt mkn nasi ayam..ni yg nak bljr tu.. nk tanya akak. msa kita kukus aym tu, kita cuma ltk air utk pengukus aje ke kena msukkan dkt ayam skali? mksd sy ayam ltk dlm mgkuk dn isi air. atau air diisi cm utk periuk pengukus je?
    trima kasih..

    • hi mary…. ayam tu kukus spt biasa je… tak perlu letak ayam tu dlm mangkuk yg ada air…. air tu hanya diletakkan dlm periuk kukusan shj…..

  11. ok tq.. :)

  12. Juliana Miswah

    Semalam suami cakap nak makan ayam kukus.hari ni saya nk cuba resepi ni. Harap2 menjadi.

  13. wah…ble lha rose nk cba wt resepi nhe ari nhe…hrap2x iya mnjadi… ;-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>