Sos Ikan Halal

Salam semua pengunjung yang di kasihi… Hari ni saya nak entri pasal sos ikan…. sebenarnya ramai yang tak tahu atau tidak pernah menggunakan sos ikan ni sebagai salah satu bahan dalam masakan. Tak kurang juga yang ragu-ragu tentang bahan di dalamnya samada halal atau tidak. Dulu pun saya cam tu gak…. tak berani nak cuba brand yang ada di pasaran. Tapi masalahnya saya ni sangat suka makan masakan ala Thai, seperti tomyam, kerabu seafood, salad daging Ala thai dan lain2. Tetapi semua masakan masakan ni tak sempurna rasanya jika tak dibubuh sos ikan. Sos ikan memang sedap jika di bubuh pada masakan atau di tambah pada sos-sos pencicah!. Namun ia sangat masin dan harus di kawal gak banyak mana yang perlu……

Ini adalah brand sos ikan yang saya selalu gunakan. Saya tak ragu-ragu gunakannya kerana ada tanda halal yang diiktiraf. Sebenarnya kena hati hati gak nak pilih brand sos ikan ┬áni kerana mungkin ada bahan yang tak halal di dalamnya terutama brand dari negara Thai… Kat mana nak beli sos ikan ni!!! Biasanya banyak di jual di pasaraya… tapi brand yang saya guna ni saya beli di pasaraya Tesco!! di pasaraya lain tu tak tahulah pulak… saya harap sedikit info ni dapat membantu…

Related Posts with Thumbnails

15 Responses to Sos Ikan Halal

  1. Salam puan, mohon izin utk copy & paste resipi yg saya namapak sedap nie….!! Tk.

  2. salam wana…thanks for sharing :)

    • Wslm del…
      Sama2 del… saya buat enti ni sebab ramai sgt tanya sos ikan ni macam mana…. harap entri ni dapat membantu!!!

  3. Salam..
    wah dah lama nak cari yg halal..terima kasih 4 sharing the info

  4. Salam..
    kakliza pun gunakan sos ikan yang ini..
    boleh tak kakliza pinjam gambar untuk masukkan dalam blog akak [kes malas nak shoot gambar la ni]
    jika izin..akak buat entry dan linkkan ngan ur n3 ini…InsyaAllah..
    Ok ker…
    terimakasih..

  5. salam…

    terima kasih kak atas penerangan akak…sayapun sebenarnya tercari-cari sos ikan yg halal…sos yg akak tunjukkan gambarnya memang 100% sama dgn yg dah saya beli dan ada depan sayani…cuma…saya sebenarnya sebelum terbaca blog akak ni cube juga cari dlm blog halal jakim tentang sos ini..tapi x jumpe…bukannya apa kak…saya agak komius skit sebabnya kedai yg saya beli sos ini ada menampal sticker kecil yg menutup logo halal jakim yg tertera pd botolnya…itu yg saya jd was-was….saya dah tanya tokey kedai dan merekapun x pasti kerana kata mereka memang dah ada dr pembekal…itu yg saya x jd guna sampai kehari ini…tapi bila bc statement akak saya rasa lega skit…n insyaallah produk ni halal rasanya…

    • salam azlyna…. baguslah jika entry dapat membantu…. ramai2 yang tanya, sos ikan in halal ke tak….. saya kebetulan jumpa brand ni kat pasaraya…. so yakin jer dengan tanda halal jakim!!

  6. A’kum wbt. Saya telah buat semakan di web halal jakim dan dapati sos ikan ini adalah TIDAK ada dalam senarai yg dapat sijil halal. Sila semak sini.

    http://www.halal.gov.my/ehalal/directory/slm_viewdetail.php?comp_code=COMP-20090317-073232&id=&type=C

  7. Sesetengah produk edaran APS Manja Sdn Bhd memang mendapat pengiktirafan halal jakim tapi sos ikan ini tidak tersenarai pula. Lagipun saya telah belek botol ni kat pasaraya dan dapati ia dibuat/dikilangkan di negara Thailand. APS Manja hanya sebagai pengedar sos ikan ini sahaja.

    • thanks for ur info… nampaknya kita kena double check status sos ikan ini… dan tanda halal jakim ada pada botol sos tersebut….

  8. kak thanks info..otw to supermarket cari…moga2 jumpe:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>