Mee Kari Kerang

Mee kari kerang ni juadah berbuka puasa semalam… sebenarnya dah lama plan nak buat, tapi baru hari ni terlaksana… Mee kari kerang ni ‘feveret’ my hubby ngan anak2…. Kalau time raya, mee ni lah selalu saya masak buat rumah terbuka untuk jamu kawan-kawan…. Resepi ni memang dah lama ada dalam simpanan saya. Saya pun dah tak ingat dari mana saya dapat resepi ni…. sejak dulu-dulu saya memang guna resepi ni untuk buat mee kari, walaupun kadang-kadang diubahsuai ikut bahan2 yang ada kat dapur!!!….. Oklah bulan pose ni tak perlu nak membebel lebih2… kita terus pada resepinya…….

Resepi Mee Kari Kerang

Bahan
1 kg mee kuning (celur dan toskan)
Taugeh
Bawang goreng
Isi ayam ( disiat2 ) – kali ni tak letak

Bahan Hiris atau dipotong
Tauhu (di goreng)
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Telur Rebus
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1 kg Kerang  atau lebih ( lebih banyak kerang lebih sedap )
1 paket chicken ball
1 paket fish cake (potong nipis)
2 sudu besar cili kisar – ( saya ganti ngan 2 sudu makan serbuk cili kmd di campur dgn serbuk kari )
3 sudu besar rempah kari dibancuh dgn sedikit air
1/2 -1 cawan udang hidup kisar
2 cawan stok Udang ( kepala dan kulit udang di tumbuk dan ambil airnya )
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
2  keping asam gelugur ( ikut saiz )
minyak
garam

Bahan kisar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1/2 cawan udang kering ( di rendam )

Cara Penyediaan Kuah

1. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan kerang.. fish cake, udang kisar dan fish ball, stok udang dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Kacau selalu dan dan sesuaikan rasa.
4. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.

Related Posts with Thumbnails

27 Responses to Mee Kari Kerang

  1. wa..sedap2!!nak balik umah nanti nak try..
    duk umah sewa xleh wat..kwn2 semua nak b’buka dengan nasi…huhu

  2. Salam wanie…
    Silalah cuba ya… akak sekeluarga memang suka berbuka puasa ngan mee… tak kiralah mee apa pun!! nasi tu agak berat… kadang2 je layan!!!

  3. Salam..nyum2..resipi akak same ngn ape arwah nenek sy ajar, mmg selalu wat mi kari ni tuk kawan2 dtg umah makan2..hari ni nk berbuka mi kari, cari kt website utk compare ngan wat penambah baikan..huhu xsabar nk mkn..

  4. Wslm Anuar…
    Actualy… mee kari ni macam-macam jenis!! kalau search kat internet macam2 jenis resepi mee kari ada…. kena rajin try nak cari resepi mee kari yang terbaik!!! bergantung juga citarasa masing2… sebab citarasa manusia lain2. Bagi tekak akak resepi kat atas ni yang paling akak suka… selalu kalau buat letak sampai 2 atau 3 kilo kerang…. baru ada umpppp!!! ( kebetulan ya resepi ni sama ngan resepi nenek anuar .. hihihi… kira ok lah tu!!!!! )

  5. Salam tuan punya resepi.. kalo letak ayam pn boleh gak kan? hehhe

    • Wslm MrsSerih…
      Tak de masalah nak letak apa pun…. resepi ni kiranya asas dia je… kita boleh ubah suai ikut citarasa kita!!!!

  6. dh try bt..
    sedap rsnya..
    tp kerang dier jd liat plak..
    ada pape ke yg sy slh bt?

    • salam burn… biasanya jika kerang jadi liat tu disebabkan ia dimasak terlalu lama…. next time kalau buat lagi, cuba masukkan kerang tu last sekali…. bila kuah mendidih… sesuaikan rasa… bolehlah tutup api…. untuk seafood seperti kerang, udang atau sotong memang tak boleh dimasak terlalu lama… nanti ia akan jadi liat dan tidak sedap dimakan… harap info ni dpt membantu!!!

  7. sedap nmpknya resepi2 dlm ni..esk sy nk try resepi mee goreng mamak..slalu jg mkn kt kedai mamak.tp kali ni try pulak msk sndiri..

  8. thanks ye bg resipi ni. sy nak cuba buat esok utk majlis tahlil arwah kawan. harap2 jadi sbb sy x pandai masak. hihi..

  9. My question is, rempah kari apa you pakai? Daging ke Ayam? Mana lagi best?

    • Kay> rempah kari daging atau ayam dua-dua pun sesuai digunakan… tapi biasanya kak wana guna rempah kari daging….

  10. emmm bestnya u punya mee kari…..ari ni nak buat lah…tu yang cari resepi dalam ni….sedapnya mee kari kerrang…harap berjaya nanti….

  11. Terima kasih atas paparan resepi ini…tambah semangat nak masak petang ni, sebab aak2 dh balik dari asrama masing-masing.

  12. follow setelah terliur dgn mee kari ini….aduh kak….sdpnyer…..

  13. Baru cuba Sabtu lepas mmg sodap..TQ for sharing..

  14. mmg sedap….saya ni x pandai sgt nak masak2 ni…tp bila dah cb bt mi kari ni….sedapnyeeeee

  15. Wahh macam best jek, ari selasa ni nak wat open house rasa cam nak wat mee kari dari resepi ni lah..tq 4 shring.

  16. Nk try ahad ni…kwn2 suami nk dtg…harap2 jd la.huhuhu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>