Kuih Ketayap ( Kuih Dadar )

Kuih Dadar atau kuih ketayap adalah antara kuih2 melayu yang paling senang dan sedap bagi saya….. My putra dan putri suka sangat makan kuih ni…. Dah dua hari saya berturut-turut, saya buat kuih ni untuk iftar!!!. Dalam banyak2 resepi kat internet, resepi dari Dapur kak Wan ni lah yang paling best dan mudah. ¬†Saya copy resepi ni pula dari dapur Ayu. Thanks kak wan for sharing…… Thanks jugak buat Ayu kerana memanjangkan resepi ni….

Resepi Kuih Ketayap ( sumber CP: Dapur Ayu/ Sumber asal: resipicitarawan)

Bahan A
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 sudu teh garam,
pewarna hijau
1 sudu besar majerin dicairkan
sedikit minyak utk disapu pada kuali

Inti
1/2 biji kelapa parut putih
3/4 cawan gula merah
sedikit air
1 helai daun pandan
1 sudu besar tepung pulut/jagung
Cara Penyediaan

1. Untuk inti: Masukkan kelapa parut,air dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan.
2. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
3. Untuk dadar : Satukan semua bahan A dan kisar dengan blender hingga halus dan tidak berketul. Tapis
4. Panaskan kuali, leser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 senduk adunan tadi dan layangkan kuali agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.
(Cara gulung; lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis.)

Related Posts with Thumbnails

14 Responses to Kuih Ketayap ( Kuih Dadar )

  1. Salam Kak Wana.. aduh gambar2 lauk kak Wana ni buat saya telan air liur pagi2 la… sangat terliur okay tengok sotong goreng dengan mee kari kat bawah nun. yang puding coklat tu lagi la… ketayap lagi… uwaaaa!!!! lambatnya berbuka ni… :(

    • Wslm ijan…
      Wah kita kat cni dah terliur giler ngan nasi dan ayam Morocco ijan tu… gambo ayam tu wat kita kat sini sengsara jer sebab cuma dpt jamu mata tp tak dapat merasa…. hahaha!!!!

  2. kak wana, my feveret..kak wana leh tak pos kat umah saya, hahahhaaa….

  3. Slm eMMe…
    Dah sihat ke…. tak per nanti kite wat post laju kirim kuih ketayap kat emme ye…. hahaha!!!

  4. Salam kak wana. ermm, kuih ni memang feveret saya dari kecik2 dulu. :) kak wana, nak tanya sket, waktu blender bahan A tu, masukkan skali majerin yang telah dicairkan, sekali dengan sedikit minyak tu ek?.. confius cz kak wana kata kisar semua bahan A tu.

    http://wanshah87.blogspot.com

    • Wslm wan…
      Minyak tu jangan dicampur sekali sebab minyak tu di gunakan untuk di sapu pada kuali masa utk menggoreng. Majerin yg tlh dicairkan tu di blend dengan semua bahan A ( kecuali minyak masak tadi). lepas tu tapis… barulah di dadarkan!!!! harap wan faham… kalau tak faham lgi jangan malu untuk bertanya ya….

  5. Aslmualaikum kak wana…fulamak…berdangdutlah perut ann tengok kuih akak ni.ann tak pernah g masak kuih ni.biasalah,sekolah asyik tinggal kat hostel..je.masa kat rumah sangat terhad.ann nak tanya ckit..mana yang lebih baik,gulung time panas-panas or dah sejuk.TQ..

    • Salam ann… akak suka gulung panas2 sebab dadar tu akan ‘mengikut’ sebab lembut lagi. kalau gulung masa sejuk akak tak pernah try pulak….

  6. kak…saya minta izin nak ambil resepi ini untuk dicube…harap d halalkan ye

  7. assalamualaikum, kak…..saya minta izin nak ambil resepi ini untuk dicube..harap d halalkan ye ilmu…

  8. salam kak..mohon halal ambik resepi copy ya..tkasih..

  9. nk elak dia pecah2 leps gulung ltk pe? ke kne gulung pns2??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>