Sayur Bendi Goreng Telur

Sayur Bendi goreng telur ni saya masak untuk juadah berbuka puasa semalam. Walaupun simple jer tapi sedap. Sesetengah orang tak suka sayur ni sebab berlendir… tapi saya ni memang berhantu dengan bendi… lebih-lebih lagi kalau dimasak macam ni!!! Fuhhhh layan tul………….

Resepi Sayur Bendi Goreng Telur

10-20 biji bendi ( di potong2 menyerong )
1 biji telur
1 sudu kecil udang kering ( ditumbuk )
2 biji cili merah ( dihiris )
3 biji bawang merah ( dihiris )
2 ulas bawang putih ( dihiris )
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam
sedikit serbuk perasa ( jika suka )

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris hingga layu dan wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sayur bendi.
3. Pecahkan telur didalam kuali yang mengandungi bendi tadi. kacau-kacaukan telur tadi hingga hancur.
4. Goreng hingga sayir bendi layu.
5. Sesuaikan rasa bolehlah diangkat dan dihidangkan.

* Semasa menggoreng bendi jangan sesekali masukkan air kerana akan menyebabkan ia berlendir.

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to Sayur Bendi Goreng Telur

  1. pas sahur terus buka blog kak wana, tgk sayur bendi, lame saya tengok gambar goreng bendi kak wana tuu…terliur lak…hahahahah….

    • Salam eMMe..
      Jangan ditenung gambo tu lama2… nanti ngences pulak… hihihi… Pi cari bendi tu… boleh lah masak!!! tak yah tengok resepi !! masak campak2 je… gerenti sodapppp!!!

  2. hi kak wana… mak mentua kita pernah kasi tip, kalau tak nak kasi bendi berlendir, goreng dengan asam keping sekeping (resepi dia pun samalah, cuma ada asam keping 1)

  3. Salam Lee Lin & Sis Wana,

    Lagi satu petua untuk mengelak kan bende jangan berlendih berlebih-lebihan,cuci dan keringkan(tos) sebelom dipotong dan kalau tumis bendi tu jangan lama2!

    Saya sudah mencuba nya…hasil nya SUPERB!Slmt mencuba ya!

    Mamahani

  4. masak ape eah yang mudah dan senang…hurmmmm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>