Apple crumble ni adalah hasil blogwalking kat food blog omputih bulan lepas ( terlupa lak nak amik link dia )…. Tapi baru berkesempataan nak buat!! Walaupun rupanya hitam manis tetapi rasanya memang sedap… ada bau kayu manis dengan rasanya masam-masam manis. Tapi next time buat kene kurangkan gula kerana kalau ikut resepi asalnya terasa sangat manisnya …… Saya dah translate resepinya ke bahasa melayu.. sila lah terjah!!!!
Yang ni gambar adunan yang belum bakar…..
Resepi Apple Crumble
6 biji epal ( kupas kulit, buang tengah dan dipotong nipis)
2 sudu makan kismis
6 sudu makan gula perang ( agak manis… boleh kurangkan kepada 4 sudu…ok kot )
1 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu butter
Crumble
4 sudu makan butter
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan oat
Cara Penyediaan
1. Satukan epal, butter, gula perang dan serbuk kulit kayu manis dalam periuk.
2. Masak hingga air yang keluar dari apple tadi kering sedikit dan agak pekat.
3. Kemudian masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan butter.
4. Untuk crumble, satukan tepung, gula perang, oat dan butter dalam sebuah bekas.
5. Gaul dan ramas adunan hingga rata dan menjadi serbuk roti
6. Taburkan dengan kismis ke atas apple tadi kemudian taburkan crumble diatasnya.
7. Bakar dalam suhu 350 F selama 35 minit.
* kalau tak mau apple crumble warna gelap…. boleh tukar gula kepada gula biasa.
** sedap di makan dengan ais krim vanilla atau sos kastard.






kak wana, cam sedap je…hurm…berkeriuok perot saya kak, huhuuu…
Salam emme!!
Memang sedap apple crumble ni.. nak buat pun senag jer!!! anak akan pun suke sangat!!
wah… sedapnya….teringin nak buat… (actually teringin nak makan… tapi nak beli mahal, so suke buat sendiri)
Salam disini…
Tak perlu lah beli… buat jerrr… resepi ni senang sangat! bahan2 nyer pun tak banyak!!! lagi pun kalau buat sendiri boleh adjust ikut selera kita!!!
kak wana, gambar atas yang dah masak tu, kak wana hidangkan dengar acar buah ke?.. macam acar buah je sy tengok.
Salam wanshah…
Gambar tu bukan acar buah… tapi buah apple dan kismis ( lapisan bawahnya… ) warnanya gelap sebab akak masak ngan brown sugar!!! sedap tau…
salam perkenalan…=)
saya dah buat apple crumble nih….mmng sedap….tp sy tukar oats ngan nestum…sbb xde stok oats…hehe…kismis pon xletak….btw thanks 4 d recipe….minta izin share resepi ni kt blog saya ea…=)
leeyana…. akak dah singgah blog liana dan tengok crumble tu… sedap kan apple crumble tu… anak akk mmg suka sangat…