Ayam Panggang Lada Hitam

Ayam panggang lada hitam ni saya masak untuk iftar dua hari lepas…. baru hari ni dapat entri. Saya masak ayam ni pun sebab my husband dan anak-anak masih suka makan ayam. Kalau kalau nak diikutkan saya ni dah tak moh dah makan ayam… selera saya ni nak makan ikan pulak… kalau dapat ikan patin masak tempoyak atau ikan tenggiri masak asam pedas best kan!!!!….

Apa-apa pun resepi ayam panggang ni saya buat habis simple dan mudah…. tapi rasanya memang sedap. Saya suka letak bawang putih yang digoreng dulu sebab baunya memang ┬ánaik dan rasanya lebih sedap. Idea buat cam ni sebab saya selalu tengok rancangan’ Saturday cook’ dan ‘Cook like chef’ dari AFC. Bila saya cuba sendiri fuh!!! memang marbelessss…

Resepi Ayam Panggang lada hitam

1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili

Cara penyediaan

1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk halia pula hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .

** sedap dimakan bersama sos pencicah, sos nasi ayam atau sos halia.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to Ayam Panggang Lada Hitam

  1. cuma nak kasi tips,selain daripada mengoreng bawang putih,satu cara lain ialah dengan membakar bawang putih delam ketuhar dengan suhu yang rendah,dengan cara ini minyak asli dari bawang putih itu akan menambah rasa pada ayam bakar itu.

    • tq sabaria for sharing the tips… selalu gak tengok mat saleh wat cam tu kat AFC… tapi blum pernah cuba…. tapi goreng bawang putih ngan minyak zaitun ni pun dah sedap!!! wangi je bau bawang putih tu… next time nak try yang bakar tu plak….

  2. Kkliza pn nk cubaaaa …

  3. nampak myelerakan..resepi nmpk simple. maz pun nak try lah rspi akak untuk open house hjung minggu ni..minta resepi akak ni yer..tq

  4. salam kak, saya dah try ayam akak ner..tapi x berapa nak menjadi lah..dia msk kan dalam oven kan.

    • salam siti masitah… ayam ni simple dan senang… lumur je dengan rempah perap… perap beberapa jam… lepas tu boleh bakar dalam oven atau di potong2 dan panggang kat bara arang… kalau bakar ( untuk ayam dalam bentuk seekor @ yg tidak dipotong )dalam oven suhu dalam 180 – 220 darjah celsius selama satu jam… bergantung pada oven masing2……

  5. salam, akak minyak bumbu tu aper?

    • W’slm fadilah… minyak bumbu tu halia, lada hitam, bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali, sos tiram dan sos cili yang telah disatukan….. lumurkan semua tu bersama ayam…. harap info ni dapat membantu….

  6. aslmkm kak, nora dah cuba masak ayam ni 2 ari lepas, mmg terbaek…anak2 suka sangat, mamanya pon sama sbb mmg feberet ayam. sampai 2x masak tu. nxt time nak cuba resepi yg lainla…..tq ye kak

    • wslm nora… ermmm… ayam panggang lada hitam mmg yummy!!!…. budak2 mmg suka makan ayam ni… ratah2 pun sodap!!! makan dgn nasi ayam pun sodap..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>