Nasi Impit dan Kuah Lodeh

Salam semua… Sayur lodeh dan nasi impit ni saya masak pada hari raya lepas, baru sempat nak entri resepinya…. jom tengok resepinya…

Resepi Sayur lodeh

1/2 biji kobis
1 biji karot
1 biji terung
20 btg kacang panjang
1 keping tempe ( saya guna yng packing dalam plastik ) – dipotong dan di goreng sebentar.
4 biji kentang ( kopek dan dipotong kecil )
1 paket suhun ( 50 g )
1 paket tauhu kering/ fo chu  ( 50 g)
100 g udang basah
1 1/2 kelapa parut ( ambil  2 mangkuk besar santan, santan cair dan santan pekat )
garam secukup rasa

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang besar
3/4 inci halia
3/4 inci lengkuas
1 batang serai
4 biji cili merah
1 inci kunyit hidup

Cara penyediaan

1. Semua sayur2an di bersihkan dan dipotong kecil2.
2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
2. Kemudian masukkan santan cair dan kentang. Masak hingga kuah mendidih dan kentang hampir empuk.
3. Masukkan  santan pekat dan sayur2 an yang lain, suhun, fo chu dan udang. Kacau selalu agar santan tidak pecah.
4. Masak hingga sayur layu, sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Kuah lodeh memang sedap di makan degan nasi impit atau ketupat segera… saya guna yang tersedia dijual dipasaran je…  tapi kalau nak buat sendiri bolehlah guna resepi dibawah ni.

Cara buat nasi impit atau ketupat segera

plastik tahan panas
beras yang telah di bersihkan dan di tos.

Cara penyediaan

1. Masukan beras kedalam plastik dengan sukatan 1/3 beras daripada saiz plastik.
2. Gunakan stepler untuk klip kan plastik tadi.
3. Rebuslah dalam periuk yang penuh berisi air. Tempoh rebusan bergantung saiz ketupat.
4. Jika nasi telah kembang sepenuhnya dan struktur beras tidak nampak berbiji2 dalam plastik tadi… bermakna nasi ketupat tadi telah sedia diangkat dan disejukkan.

Related Posts with Thumbnails

10 Responses to Nasi Impit dan Kuah Lodeh

  1. Salam aildilfitri buat Kak Wana sekeluarga! walaupun lambat, harap2 ada lagi semekut raya dalam balang tu ye.hehehe. maaf kan kite kalau ada salah silap ye kak. Eid mubarak!

    • Akak pun nak ucapkan salam lebaran gak wat ijan sekeluarga… maaf zahir dan batin kalau ada salah silap atau terkomen mana2 yg menyentuh hati tuh!!! InyaAlah kalau setakat semekut raya sebalang 2 tu memang ada tuk ijan… kalau nak datang beraya… hihihi!!

  2. Salam Wana,

    setiap kali ke sini..sentiasa berselera..sakit2 pun tekak rasa nak makan bila tgk kuah lodeh ngan nasi impit tu..

    • Wah… dah sihat ke… Alhamdulillah!!! Musim2 raya ni kalau makan tak jaga memang boleh terkena sakit… Kuah lodeh tu memang best kalau makan ngan nasi impit memang layan… tapi kolestrolnya pun boleh tahan!!!!!

  3. salam kak,
    nak share lagi satu cara nk wat nasi impit nie.cara nie saya belajar dari arwah nenek/wan saya kat kampung dulu.saya tgk cara dia buat:
    masak nasik ikut sukatan yang di kehendaki,
    lebihkan sikit air(agak2 lah)
    bila nasik dh agak sedikit masak,(ms nie nasi tuh lembik sket) tuangkan dalam loyang yg kita biasa bakar kuih tuh.
    penyek2kn guna senduk nasi.himpit2kan dia..(tula agaknya nama dia nasi impit kot huhu..)
    tunggu dlm lebih kurang 1/2 jam baru leh potong2 n serve.

    terpulanglah klau sesape nk cuba.saya share aje…

    • Salam nurul…
      Minta maaf kerana agak lambat jawab komen ni… tak perasan kerana terlepas pandang plak dengan komen nurul ni…. Tq for sharing the info… Dulu2 memang mak akak wat nasik impit memang guna cara yg nenek nurul ajar tu…. lepas tu siap tindih lagi dengan ibu lesung batu!!! nak bagi padat!!! tetapi sekarang lama tak buat cara tu…. sebab ada cara yang lebih mudah…. apa2 pun tq kerana mengingatkan akak cara tu…. next time boleh try!!!

  4. salam kak, saya mohon share resepi yee.. nampak terliur sangat.
    thanks kak

  5. Assalam, kak.. Selamat hari raya!! Nak tanya, resepi ni untuk hidangan berapa orang ya? Terima kasih, kak..

    • wslm ibumadeeha…

      resepi ni dalam anggaran 10 – 15 orang… biasanya kalau akak masak untuk kami sekeluarga ( 6 org , byk ni boleh makan ulang2 2 @ 3 kali…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>