Kek Karot ( Carrot Cake )

Dua tiga hari lepas ramai  sanak saudara dan kawan2 datang beraya kat umah saya….. sampai tak cukup masa nak update blog. Macam biasalah… juadah yang saya rajin nak buat seperti mee sup dan bihun sup jadi pilihan saya. Hari keduanya pulak saya masak nasi impit, kuah lodeh, rendang dan sambal udang. Bila dah ramai tetamu tak sempat nak snap gambar makanan2 tu…. kerana agak sibuk melayan mereka!!

Kek karot ni saya buat dua hari lepas, saja je stand by untuk tetamu yang datang tiba2 hujung minggu. First time buat tapi menjadikk dan sedap. Kacang walnut tak letak sebab puas carikk kat kedai bakery dan pasaraya, tapi tak nampak bayang pun. Tokey kedai kata stok dah habis!!!…so  saya ganti ngan kismis  atau raisin jerrrr. Resepi saya ambik dari blog  joyofbaking.com. Kat bawah resepi yang sama yang saya dah translate ke bahasa melayu ..

Resepi Kek Karot

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – tak letak, saya ganti dengan kismis
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) – saya guna tepung naik sendiri
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola  ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul  ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.

** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

Cara penyediaan frosting
1. Pukul cream cheese dengan butter hingga ringan dan sebati.
2. Kemudian masukan gula, pukul hingga sebati dan rata.
3. Masukkan vanilla dan kulit lemon. Gaul rata. Bolehlah digunakan sebagai frosting.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to Kek Karot ( Carrot Cake )

  1. Salam,
    Alahai.. sajek jek Akak nih tau, buat saya terliur :D . Saya memang suka bebenor kek karot!
    * amazing pics! :)

    • Salam Aida…
      Tq… sedap kan kek karot ni… walau pun first time wat tapi akak suka!! tq sebab suke pic kek tu… akak ni baru bertatih2 guna kamera Dslr ni… rasanya gambar tak perfect sangat!! selalu edit jerrr gambar tu agar nampak cantik!!!

  2. wahh..bestnye blog ni..mmg jadi tempat rujukan saye lah..nk kawin xterer masak lg la..malu jer…selamat berkenalan kak

    • Salam Mizz sue…
      Tqvm sebab jadikan blog akak ni sebagai tempat rujukan masakan… Sangat berbesar hati!!! Akak pun dulu macam sue gak…. masa baru2 kahwin tak pandai masak sangat!!! tapi lama2 mesti ok kan!!! Belajar slow2… lambat laun pandai jugak!!!

  3. salam kak wana,

    saya terliur tgk carrot kek ni dr minggu lepas lagi, terus gi beli kat secret recipe…hehehe..
    nak buat tx pandai….

  4. salam kak…mmg bagus la akak py blog….sy suka sgt..:-)..semuanya sedap2..

  5. Salam akak.
    Nak tanya, kalau guna tepung naik sendiri, baking powder & garam, kita dah tak payah letak kan??
    Baking soda pun tak payah letak jugak ke??

    • Slm fikah… klu guna tpg naik sendiri, tak perlu lagi guna baking powder…. tapi masih perlu letak garam dan baking soda… klu tak letak baking soda nanti kek tak jadi… baking soda sgt perlu utk menaikkan kek kerana kek mengandungi bhn yg berat seperti karot parut…..

  6. boleh ke tepung gandum,gantikan tepung serbaguna?

    • slm lola… mmg resepi asal nya guna ‘tepung serba guna’ @ all purpose flour…. so tak de masalah…

  7. Salam, Frosting dijadikan seperti lapisan atas atau disapu pada keseluruhan kek? Memang sedap tapi belum
    cuba.

  8. salam..
    saya dah cuba rcp ni semalam..harini bawak g ofis,,,,sumer kawan2 suka,,siap nak tapau bawak balik lagi…frosting tu sya buat knp macam tak licin erkk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>