Hari ni nak enti pasal lauk semalam yang saya masak ngan nasi karot…. Ayam panggang yogurt berempah. Resepi ni pun hasil dari search kat google hari tuh. Bila tengok je resepi tu tergerak nak try sebab bahan2nya mudah dan dah tersedia kat dapur. Tapi saya dah ubah suai resepi asal tu sikit ikut kesesuaian dan citarasa saya. Rasa ayam ni memang sedap!! Dan saya rasa teruja nak buat lagi!!! Sesapa yang nak try masak ayam ni saya dah translate resepi nya ke bahasa melayu!!!
Resepi Grilled Chicken in Spiced Yogurt ( adapted dari sumber asal :dari sini )
Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk
Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.
6. Bila masak angkat dan hidangkan dengan nasi karot dan acar!!!
Oppsss… lagi satu kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.





terima kasih kak bagi tips camne nak buat kalau tak de yogurt..nampak sweeeddaaaapp sangat ayam tu..tapi kalau saya buat for sure tak nampak sedap cam tu….huhu
Salam izah…
Tips tu memang selalu akak wat kalau tak de yogurt… boleh lah akak kongsi tips tu kat semua orang!!! Ayam tu memang sedap tau… try lah buat… tukar2 citarasa!!!
salam kak wana, sedapnya ayam panggang,,,garing lak tu, cantik ayam tu dibakar….terliur dah ni…
Salam mas… memang cedappp tau ayam panggang ni…. ala ala tandoori gitu…. tapi rasa dia lain sikit!! trylah buat…. mesti tak nyesal!!!
waaaaa…sedapnyaaaa… kena cuba ni..thanks ye share resepi sedap ni..
Salam emunnn…
Silalah cuba…. boleh edit ikut cita rasa,,,
dah lama saya follow blog akak ni….thanks for the recipe…nampak sangat tempting…
Salam Liza,
TQVM follow blog akak… really appreciate…
salam kak wana, nampak sedapppp sgt ayam panggang ni. nnt nak cuba jugak lah…
Salam Yati…
Silalah cuba resepi yg simple ni… mesti tak nyesal!!!
Salam Kak Wana,
Bestnye nampak ayam tue… bahagian paha lak tu. my faveret selepas wings. hehe…
Akak, kite dah buat gulai telur dengan udang tu. best!!!! thanks for the recipe ye. Kite letak resipi akak kat blogresipi pulak ek… thanks again
Salam Izan..
Memang best resepi ayam ni… anak2 sume suka… akak pun suka peha ayam!!! Anyway… tq try resepi gulai udang tu… harap ijan sukerrr…
Salam,
Minta izin nak cuba resepi ni, tapi berapa suhu oven yg sesuai utk bakar ayam ni, selalu saya buat ayam bakar tak jadi cantik pun macam ni… Terima kasih.
Salam Ina…
Untuk bakar ayam, biasanya suhu standard 180 – 220 darjah celcius… tetapi biasanya saya guna 200 darjah celsius, ayam ok dan tidak terlalu kering dan cantik je masaknya….
Salam,
minta izin cuba resepi ini, ayam berempah ni sesuai tak dicicah dengan air asam atau cili kicap..
Salam Mid…
Terima kasih kerana sudi cuba resepi ni!!! Harap mid suka…. Untuk Sos pencicah akak rasa tak de masalah kalau nak cuba apa2 sos pun!!! Akak pun tak pernah try lagi makan ayam ni cicah dengan air asam atau cili kicap, sebab hari tu akak makan dengan nasi karot dan acar!!! tapi kalau akak imagine cicah air asam atau kicap cili tu… rasa2 nya sedap kot!!!
salam..kak wana iera dah test resepi nie..memang marvelous..nyum..nyum..thanks kak kongsi resepi..
Wslm siti… memang sedapkan ayam panggang ni…. akak pun suka ayam ni!!!
erm..thanks kak..
he..he
sama2
[...] Recipe from here [...]
kak..kalau tiada lemon ganti dengan limau nipis boleh tak?
salam shafiq…
Boleh gantikan dgn limau nipis @ limau kasturi jika tak de lemon… tak de masalah…
kak…kalau panggang ayam ni suhunya berapa ye?
salam adah ….
kalau nak panggang ayam ( dlm btk seekor ayam ) suhu yg sesuai adalah 180 – 220 darjah celsius…..
salam akak… minta izin kongsi resepi akak.. thanks…
salam aziatizam…
silakan….