Pecal Jawa @ Gado-gado

Hari nak entri masakan jawa yang menjadi pujaan hati ku, iaitu Pecal Jawa @ gado-gado… Selalunya pecal jawa ni saya memang tak pernah buat. Saya selalu beli je kat pasar malam tempat ¬†saya, kerana kat situ sos pecalnya memang sedapppp!!. tapi semalam tergerak hati nak try wat sendirik. Saya copy resepi pecal ni dari blog Hana yang terkenal dengan masakan2 yang sedap-sedap itu… dan sudah semestinya resepi pecal jawa Hana ni memang the best!!!!.

Hari ni masih tengah fening nak masak apa ye…. sebab saya ni telah dilanda kebuntuan dan telah kekeringan idea nak memasak. Okaylah.. sementara saya tengah fening2 ni sila layan resepi pecal jawa kat bawah…

Resepi Pecal Jawa ( Sumber : Dapur Hana )

Bahan-bahan

1 cawan kacang tanah
5 tangkai cili kering atau lebih – nak pedas lagi tambah cili padi
4 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
6 biji cekur@kencur atau lebih (size kecil)
1 inci belacan
1 sudu besar asam jawa biji
3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
Garam

Ulam2an@Sayur2an

Kangkung @ pucuk ubi – celur
Kacang panjang – potong dan celur – xde
Sengkuang – potong – xde
Tauhu goreng – hiris nipis
Taugeh @ taugeh pokok – celur sekejap
Timun – hiris2
Pucuk Ubi
Cara Penyediaan

1. Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
2. Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
3. Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
4. Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Daun Cekur

Sesiapa yang tak tahu rupa daun cekur atau daun kencur ni… ni lah rupa dan bentuknya… Pokok ni saya tanam kat dalam pasu kat halaman rumah saya, tapi hidup segan mati tak mahu… Kurus je!! Isi dia pun macam tak ikhlas je nak tumbuh!!! tapi setakat ni Alhamdulillah dah lebih 10 kali saya tuai untuk masukkan dalam masakan……

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to Pecal Jawa @ Gado-gado

  1. Kak Wana, Daun cekur tu kat mane leh dpt? kat pasar ade jual ke? kalo tak letak daun cekur takpe ke?

    • Salam eMMe.
      Daun cekur boleh dapat kat pasar tani, pasar malam atau pasar biasa pun ada jual… tapi kena cari kat bahagian ulam2an atau sayur kampung!!! Biasanya daun cekur tu di jual dengan isi2nya sekali.. kalau rajin boleh tanam sikit dalam pasu… pokok ni senang biak….

  2. assalamualaikum, salam ramadhan,
    puan, saya nk cube buat la kuah pecal ni..
    da lama nk blaja buat sendiri..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>