Ayam Tandoori

Salam semua… hari ni nak entri ayam tandoori yang saya masak dengan nasi beriani hari tuh!!! Resepi dari koleksi sendiri yang saya ambil dari majalah. Cara nak buat ayam ni lebih kurang sama jer dengan ayam panggang yogurt. Rasanya pun memang sedap. Cuma ayam saya terlebih merah sebab terbubuh lebih pewarna…. next time tak letak pun tak mengapa!!! So… sesiapa yang nak cuba boleh layan resepinya kat bawah!!

Resepi Ayam Tandoori

1 ekor ayam
1 labu bawang besar – kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
100 ml yogurt
sedikit pewarna merah ( optional)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2  sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
garam

Cara Penyediaan

1. Kisar semua kecuali ayam hingga sebati.
2. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang  2 jam.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 1 -1 1/2 jam. Balik2 kan ayam supaya rata masaknya.
4. Bolehlah dihidangkan dengan beriani atau roti nan serta Raita.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to Ayam Tandoori

  1. salam kak..terliur tengok ayam akak tu…sedapnya…

  2. dah lama ciklinn cari resepi ni.. tq share yer… salam kenal dari ciklinn & co

  3. lepas ni tak payah nak p kedai mamak Kapitan tu ler. leh wat sendiri dah.. sedap2 :)

    • Betul tu….. kalau beli pun mahalkan… lepas tu ayam pun kecil jer , makan pun tak puas!!! Kalau wat sendiri boleh wat banyak!! makan pun puas hati!!!

  4. wah, best ni kak. kalo tak makan ngn nasik pun xpe. wat aym panggang cicah ngn air asam pn bleh kan kak?.. nak tanya, pewarna merah tu, akak beli dlm botol yg cair tu ke?.. kalau nak cari, nama merah tu merah ape ek?.. mcm haritu, sy wat puding balqis yg akak ajar tu, saya guna warna hijau epal. ada lagi satu hijau ape ntah.

    Jom melawat blog wanshah…
    http://wanshah87.blogspot.com

    • Salam wanshah..
      Ayam ni kalau tak nak makan ngan nasi pun sedap… lepas tu cicah pulak ngan air asam taruh cili ngan bawang… memang best!!! Bab pewarna tu akak memang guna pewarna kuih yang dalam botol kecil tu jerr…. pewarna ni pun memang ada berjenis2!!. Tapi tempat akak ni tak de pilihan sangat… cuma ada sejenis warna merah tu je!!. Kalau wan banyak pilihan pewarna, cuba tanya jurujual tu kaler yang sesuai utk guna pada ayam…. atau beli jer semua lepas tu test lah mana yang sesuai… pewarna ni boleh tahan lama… lain hari boleh buat kuih pulak!!!

  5. salam,

    akak, pewarna merah cam pewarna buat kek n biskut tu keyg kena guna?yogurt tu utk apa ya?rangup tak ayam ni macam yg biasa makan kat kedai mamak…

    • Wslm eyna… perwarna apa2 jenis pun boleh digunakan. Pewarna biasa utk wat biskut dan kek pun boleh… kalau tak mau letak pun tak mengapa…..Ayam tandoori biasanya tak rangup…. tapi kalau suka garing boleh bakar lama sikit….. yogurt tu di gunakan sebagai perisa je… rasa yogurt tu yg lemak2 dan agak masam memang menyedapkan rasa ayam… biasanya masakan India banyak gunakan yogurt utk menyedapkan masakan…..

  6. Kak,serbuk cili tu 1setengah apa ye…serbuk cili tu macam cili boh ke cili flakes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>