Ikan Siakap Kukus ( Siakap Stim )

Ikan Siakap kukus saya masak untuk dinner. Hari tu ternampak resepi ni kat blog dayang, terus rasa nak try!!! Sedap sangat ikan kukus ni… kebetulan ikan siakap yang my husband beli tu pulak segar dan manis, so kami makan bertambah2 malam tadi…..

Ikan Kukus/Stim ( Sumber : Dapur Dayangjack )

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 batang serai (diketuk) – saya hiris nipis2
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
  • 2-3 biji cili padi (diketuk) – optional
  • sedikit salted vegetable (dihiris) – optional – tak letak
  • 2 biji tomato (dihiris dadu)
  • sedikit garam dan gula
  • 1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
  • sedikit air
  • sedikit daun sup (dihiris) – saya ganti dgn daun ketumbar
  • Cara-cara

    1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana. Sediakan bekas tahan panas atau loyang.
    2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian letak di dlm bekas tadi. Kemudian, taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai. Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
    3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan tomato, salted vege (jika suka), serta air yg sudah dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
    4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3 minit.
    5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
    6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.


    Related Posts with Thumbnails

    19 Responses to Ikan Siakap Kukus ( Siakap Stim )

    1. salam wana….terus jd lapar…rasa mcm kat depan mata :) )

    2. HI DEAR….i pun try la siakap stim nih…wah superb..mmg sedapp…….x rugi..dah ler ingredients nyer senang & mudah nak carik….lagi satu good for health,,coz x guna minyakk!tq wana..

    3. dah bape ari tgk resipi ni..semalam siang nk buat siakap stim xdpt..punye la semangat..pegi kedai tapi siakap xde…haaaaa…arini dpt jgk masak siakap stim..cubaan pertama ikut resipi ni jadi..sedaaappp..skrg tggu hubby balik nk makan sama2.. :-)

      • Mummy> tahniah… mesti best kan menikmati ikan siakap kukus kan… ni resepi feveret saya… sy selalu masak ikan guna resepi ni….

    4. Maaf bukan nak menyibuk atau menjadi batu api..
      Salam…. Bila view post ni saya ambil resepinya ;-) tp bila view post blogger lain, resepi sama…gambar yang atas pun sama… Walau tertera chop POTRET KASIH diatasnya… Susahkan, orng sekarang main cilok aje gambar orng lain…
      http://gegehbydya.blogspot.com/2011/09/siakap-stim-ala-thainyum2.html
      Saya ad tanya tuan punya blog, tp belum dijawab lagi..
      Kenapa mesti post gambar orng lain, kenapa tak post gambar sendiri…
      Baru saya tau kebengangan kawan bloggers bila hak diambil orng.

      • salam Shakinah…. thank for your info…. kalau shakinah tak bg tau sampai bila2 pun akk tak tau sesiapa yg mencuri hakcipta kita…

    5. salam…tq akak 4 resepi siakap stim yg sedap ni..suami n ank2 suka sgt mkn siakap stim dr resepi ni..

    6. salam kak..saya dok mencari-cari resepi ape nk masak utk berbuka setiap hari..husband kata time bulan puasa ni masak special sikit la ye..smlm da roger kt dia nk msk siakap 3 rasa..tp dia kata kalau stim pon sdp gak..cari pnya cari,trnampak resipi kt blog potret kasih..nmpk sgt juicy n tetiba perut rasa lapar yg amat..xsabar btl nk cuba..nti saya bgtau hasilnya ye..;)

    7. hai kak..ni first time saya buat siakap stim…a,dulillah menjadi…mmg sdp n bhn2 pon x pening2 kepala nak cr..yg lg best sy dpt kiss dr husband coz dia puji menu ni sy buat sdp…thanks kak

    8. ermmm…. tngh tngu ikan masak ni… xsbr nk rs… sblm ni pnah wat tp xbrapa best sngt… hope y ni best r… hehehe

    9. sedap sunggup siakap ny,pehhh sedap gile…korang nk x?hehehe

    10. Assalamualaikum.
      sy copy resepi yer. terima kasih banyak2. :)

    11. Salam Kak Wana.. Saya dah masak ikan stim ni, guna ikan putih sedap gak. Hehe.. Suka sangat resepi2 dalam blog akak ni, simple tapi sedap. Kak, boleh kita exchange link? Saya dah letak link blog akak dalam blog saya =) Terima kasih kak.

    12. Harini first time nak buat ikan siakap stim.. hehe Thank you kak Wana for the recipe :)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>