Kuey Teow Kungfu

Salam Semua pengunjung yang dikasihi…  Kuey teow Kungfu ni saya masak untuk dinner. Sekarang ni tak de selera lagi nak makan nasi… First time buat!! tapi menjadikk dan sedap!! Anak2 saya makan sampai licin pinggannya… Resepi saya rujuk dari blogresipi dan dari sini. Resepi kat bawah adalah adaptasi dari 2 blog tadi… Saya ubah suai sikit ikut bahan yang ada kat dapur saya…. Sedap rasa kuey teow kungfu rupanya…. next time boleh buat lagikk sebab nampak gaya anak-anak saya dah mula sukakannya! lepas ni confirm ada permintaan utk buat lagi!!

Resepi Kuew Teow Kungfu

  • 1oo g  kuey teow ( ambil secekak je untuk seorang makan )
  • 1 biji telur saiz besar ( kalau telur kecil 2 biji )
  • sedikit lada sulah

(Pecahkan telur, kacau  dgn lada sulah & celupkan kueh teow. Pastu goreng atas kuali, mcm telur dadar. Dah siap angkat dan letak atas pinggan)

Untuk kuahnya

  • Isi ayam secukupnya  ( jumlah bahan anggaran untuk seorang makan )
  • daging batang pinang secukupnya
  • udang secukupnya
  • sotong secukupnya
  • Sayur-sayuran ( karot, kobis bunga, pak choi, kailan, cendawan tiram dll )
  • 2 ulas bawang putih
  • 2-3 sudu makan sos tiram ( saya campur sos tiram dengan 1 sudu kicap manis )
  • 1 sudu tepung jagung ( campur dengan sedikit air )
  • 2 cawan air stok udang ( kulit/kepala udang ditumbuk, campur air dan ambil stoknya )
  • 3 -4 biji cili padi ( diketuk atau ditumbuk)
  • minyak secukupnya untuk menumis
  • sedikit garam

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih hingga wangi kemudian masukkan daging dan isi ayam. Masak sehingga daging atau ayam agak empuk baru masukkan sos tiram, air rebusan udang, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.

2. Bila mendidih masukkan sayur-sayuran, seafood, cili padi, lada sulah.

3. Bila sayur layu, sesuaikan rasa ( kalau dah masin tak perlu letak garam ) dan tuangkan kuah keatas kuey teow yang telah digoreng dengan telur tadi….

4. Hidangkan dengan cili jeruk atau kicap cuka bercili…. Yummy!!!

Related Posts with Thumbnails

16 Responses to Kuey Teow Kungfu

  1. Seronok tengok gambar2 makanan kat sini.Zoom dekat2 tu buat tak tahan btul..hehe
    Nice blog!

  2. wah bersemangat betul..fresh betul la tgk udang dia..sayuran dia..wow!

  3. salam…
    kak wana suke tengok website nie..sedap menarik..hik..hik..ada jugak yang iera dah test..memang sedap thanks berkongsi resepi..

    • Wslm siti munirah…. Terima kasih kerana suka blog akak ni… dan sudi try resepi2 kat sini… Harap resepi2 kat sini tak menghampakan….

  4. As salam akk..sy dok mencari resipi meekungfu..dalam bnyk2,respi akk menambat hatiku..sebab ada gamba telur yang digoreng bersama ngn mee/kuey teow..jelas!baru sy faham cmne nak wat sebenarnye..baru buat tadi..sedaaaap sgt!macam kat kedai jek..but minus all the msg :) thanx a lot akk..

    • w,slm purplerossa…. sedapkan resepi ni…. akak dah buat resepi ni byk kali… mmg sedaplah menurut tekak akak… syukur puplerossa pun suka jugak… gambar tu mmg byk membantu sebab akk pun dulu macam puplerossa jugak, tak boleh imagine camne nak buat walaupun dah baca resepi… aleast kalau ada gambar senang sikit kan… anyways thank ye sudi singgah sini…

  5. saya dah try resipi kue teow kungfu ni hari ni….betulla sedap..pandai akak..next time saya nk try resipi yg lain jugak..saya share resipi2 ni kt fb saya ye nnt..TQ..sgt membantu org mcm saya yg sgt x reti masak ni..ehehhh

    • salam azlina…. tahniah sebb dah berjaya buat kuey teow kungfu….. resepi memang sedap dan sgt disukai oleh anak2 akak… thank sudi share kat fb… love u…

  6. kalau saya goreng koey teaw tu mesti tak jadi, tak rangup dan seperti lembit. kenapa ye? saya takde pon tambah air kat telur tu, dah tos dulu koey teaw pun still tak jadi,

    • adik ain> kue teow tu sifat semula jadi dia mmg lembik… tak mungkin dia jadi rangup kalau kita masak dia…. masa kita goreng dia bersama telur ia akan melekat dan sedikit garing di bhgn luarnya .. tp bhgn dlm dia still lembut/lembik…. tekstur dia seperti telur dadar… sangat sedap jika dimakan bersama kuahnya….

      Jgn berputus asa… cubalah lagi hingga berjaya….usaha tangga kejayaan…

  7. salam.. resepi nie mmg sdap pon akak..
    tp sy nk bg petua ckit la ttg nk goreng mee 2,sbb sy kja masak bende2 cam nie gak.. huhu
    klau mee 2 dgoreng cam2 die mcm msuk mnyak ckit..
    nak goreng die klau ikut resepi sy camnie..
    mee secekak gaul dgan 2 sudu besar tpung jagung.. pastu masuk telur sebiji..
    goreng dlm minyak panas… sedap akak.. die rangup je.. bila mkn ngan kuah sdap je…
    itu pendapat sya la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>