Char Kuey Teow Penang

Kuey teow dalam peti sejuk saya masih banyak…. so hari ni cadang nak masak Char kuey teow Penang. Actually Char kuey teow ni feveret anak2. Selalu memang tak rajin nak buat sendiri… tapi hari ni rajinlah pulak dan mood pun ok….. biasanya saya beli je kat Simpang Balak sebab kat situ ada satu gerai Char kue teow yang sedap menjadi pujaan hati kami sekeluarga!! Dalam sebulan mesti dalam 2 @ 3 kali beli kat situ….

Resepi kat bawah adalah hasil dari surfing kat tenet!! Dan telah di ubahsuai sikit2 ikut cita rasa saya…. Tips nak masak Char kue teow Penang ni api kena besar… lepas tu pergerakan kenalah pantas masa nak masukan bahannya2 tu!!  lagi satu kalau nak lebih happening…sudip tu kena hentak2 sikit kat kuali supaya bising sikit macam diorang selalu buat kat kedai2 tu….

Char kuey teow ni kalau nak sedap siapkan pastenya lebih awal… nanti kalau nak makan barulah di campur dengan kuetiow dan bahan2 lain….  kena masak satu2 baru sedap atau pinggan by pinggan. Maksudnya kat sini  kalau 3 orang makan 3 kalilah masak…. Char kue tiow memang tak sedap kalau masak dalam jumlah yg banyak!! Makan pulak mesti kena panas2.. kalau sejuk kue tiow akan menyerap kuah dan akan menjadi kembang dan tak sedap dimakan!!!!

Resepi Char Kuey Teow Penang ( sumber asal: dari sini )

Untuk paste

  • 200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
  • 250 ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu kecil kicap pekat
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 kiub pati ikan bilis – saya tak letak!! takde!!
  • 2 sudu kecil garam ( jika sos tiram masin boleh kurangkan 1 sudu )
  • 1 sudu makan gula

Untuk Kuey teow

  • 200 g kue teow ( @ ambil secekak untuk seorang makan )
  • 1 sudu makan cili kisar
  • kerang ( tak de… saya ganti dengan sotong )
  • taugeh dan kucai
  • 1 biji telur

Cara penyediaan untuk paste

1. Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu.
2. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya.
3. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis.
4. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan. Boleh simpan dalam petisejuk supaya tahan lama.

Cara untuk masak Kuey Teow

1. Tumis cili kisar hingga garing Masukkan 4  sudu besar paste tadi.
2. Masukkan kerang dan udang yang telah direbus tadi.
3. Kemudian masukkkan 1/2 cawan air. Bila kuah mendidih barulah masuukan kuey teow, kucai dan taugeh.
4. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah di angkat.

** Proses memasak kue teow ni dalam 3-4 minit saja… pastikan api kuat dan pergerakan pantas semasa memasak kuey teow ini!!!. Kalau guna api besar pergerakan cam kura2 confirm hanguss kue tiow tu!!! hihihi!!!!

*** Char kuey Teow versi saya punya…. saya masak paste tu sampai mendidih jer… tak sampai pekat… sebab nak cepat makan!! anak2 sume dah lapar!!! Kemudian saya tumis bawang putih dan cili kisar sampai agak garing baru saya masukkan agak2 dalam 1 cawan kuah paste tadi, seafood, taugeh, kucai dan kue teow. last sekali baru pecah kan telur… kuah tu kalau kalau dah kering saya tambah lagi paste tadi!!! Buat basah2 gitu!!!Cepat betul wat char kuey teow ni tak sampai 15 minit dah siap…. kalau paste dah buat awal… 5 minit dah siap!!!

Related Posts with Thumbnails

28 Responses to Char Kuey Teow Penang

  1. salam kak wana….kita geng kak, mas suka sangat koewtiaw…char koewtiaw tu memang peberet mass…terliur tengokkk..

    • Salam mas… sedap kan char kue tiow ni kan mas… anak2 akan memang suka!! lepas ni wat sendirik je.. klu tau tekniknya tak susah sangat!!!

  2. mak aiiiii..sedapnya aihhhhh.. nti chun try wat plak.

  3. Salam..
    Sedap betol nih!! memang feveret kita lah..tapi wat tak penah jadi hehe..so boleh la try resepi ni pulak kot2 jadi..tq.

  4. sedap ni boleh cuba buat besok … hehehehe thanks sebab bagi tip mcmana nak buat paste dia …

  5. nk masak char kuey teaw tuk dinner malam ni…nyumm…nyumm.. =)

  6. emmm…sdp x?? sya x try lgi…tpi sya print resipi nie dan insyaallah sya akn mncuba sbb nmpak mcm sdap je… :)

  7. Salam, sesiapa yang nak jadi tokey penang char kuay teow boleh dapatkan resepi sebenar yang original kat sini. Terhad sahaja!

  8. hye kak . nk tye skit …. penyediaan paste kat atas tu utk bape org makan yer ? agk2 byk x ble da buat paste dia tu ?

  9. memang sedap…dah try dan dah lama cari rasa camni utk kue tiaw.tima kasih lah yea,cuma ari tu wat tak pedas sbb anak2 tak suka pedas.

  10. wah boleh nih di coba, makasi ya

  11. Assalamualaikum kak..

    wahh nmpak sedap sgt udang tu.. betul2 menggamit selera nak try.. hehe.. tq sharing yea..:)

  12. simpang balak sis? Dkt rmh sy tu.. Sy pon slalu mkn sana… Nama kedainya chill koew teaw kan…memg sdp kat sana.:-)

  13. salam dear, nak mintak izin nak print resepi bab nak try masak lah… cam sedap je, hehe bleh tak? :)

  14. Alhamdulillah, jumpe gak resepi kuew tiow..nak buat..nak buat..suka sangat kat char kuew tiaw..hari2 pun xpe makan bende ni jek..tq kak, tulis resepi kat sini..:)

  15. salam, nak tanya kicap manis tahu.. but kicap pekat yg mana pula ye?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>