Ikan Goreng Bercili

Salam sume pengunjung yang dikasihi…. jom layan resepi ikan goreng bersambal atau bercili …. Sedap sangat jika sesekali ikan goreng di buat begini….. makan dengan nasi panas2 bersama sayur dan ulam2an.

Resepi  Ikan goreng Bercili

  • 1-2 ekor ikan sederhana besar (apa2 ikan pun boleh guna… saya guna ikan selayang saiz besar )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 labu bawang besar – ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih- ditumbuk
  • 1/2 inci halia saiz besar- ditumbuk
  • 1 batang serai – ditumbuk
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1-2 sudu makan sos ikan
  • 1 biji buah tomato ( potong 4-6 )
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit dan garam

Cara penyediaan

1. Ikan di potong ikut saiz yang di kehendaki kemudian lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
2. Kemudian goreng ikan tersebut hingga kekuningan. Angkat dan letak atas pinggan.
3. Tumis cili kisar,  bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
4. Masukkan sos cili dan sos ikan dan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan buah tomato, kacau, sesuaikan rasanya kemudian curahkan kuah pada ikan goreng tadi.

Selamat mencuba!!

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to Ikan Goreng Bercili

  1. memang sedap ni kan, pulak2 rasa pedas manis n masam semua ada.fuhh..lawo gambo!!

  2. mas pun suka sambal ikan, sedappnya, ikan tu goreng garing2…

    • Salam mas… sedapkan mas… kita pun suka masak macam ni!!! kalau makan ikan goreng tak bersemangat jer…. buatkan sambalnya… mesti laju jerr makan!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>