Kari Ikan Jenahak

Salam semua… mendung je hari ni kan… biasanya kat tempat saya setiap petang akan dilanda hujan…..jap lagi line intenet lembab cam siput!!  Ini lauk hidangan tengahari kami sekeluarga. Saya masak kari ikan jenahak!.. feveret my hubby!!! so layan resepinya… Sementara saya nak layan Safa dan Marwah dulu………

Resepi Kari Ikan Jenahak

  • 6  keping ikan jenahak ( anggaran 500 -600 g )
  • 2 biji terung
  • 6 biji sayur bendi
  • 1 biji tomato, belah 4
  • 2 biji cili hijau, belah 2 tapi jgn putus
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 camca besar penuh rempah kari ikan
  • 1 sudu makan serbuk cili ( jika suka lebih pedas )
  • 1 kotak santan ( dlm 200g – saya guna ayam brand ) @ 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • 2 keping asam gelugur
  • garam secukupnya

Bahan kisar

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1/2 inc1 belacan

Bahan tumis

  • 3 biji bawang merah, hiris halus
  • 1 ulas bawang putih, hiris halus
  • 1 camca teh halba campur ( jika suka )
  • 2 tangkai daun kari

Cara penyediaan

1. Dalam periuk, panaskan minyak, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Masukkan bahan kisar + rempah kari tadi, terus menumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil.
2. Tuang air secukupnya (anggaran 800ml), kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan jenahak, asam gelugor dan juga terung/bendi. Masak hingga terung/bendi lembut. Perlahan kan api, tuang santan, kacau dan masukkan tomato serta cili belah 4. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih sekejap dengan api perlahan.
Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to Kari Ikan Jenahak

  1. kari ikan, mas suka, cicah ngan roti pun sedappp,….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>