Nasi Serai

Salam semua…

Hari ni saya masak nasi serai untuk hidangan tengahari… memang sedap nasi ni… my famili suka sangat dengan nasi yang berbau serai ni… kami makan nasi serai ni bersama dengan ayam goreng madu berempah. ¬†Jom layan resepi…

Resepi Nasi Serai ( Sumber c & p: Dapur Kak Nor )

Bahan :

  • 2 cawan beras – saya guna beras basmathi
  • 1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
  • 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
  • 2 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 btg serai – dititik/ketuk
  • 1/2 kiub pati ayam
  • garam
  • air secukupnya
  • 2 sudu besar minyak sapi ~

Cara penyediaaan

  1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
  2. Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
  3. Masukkan serai.
  4. Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
  5. Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
  6. Masukkan kiub pati ayam dan garam.
  7. Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak

Untuk dapatkan nasi yang lembut dan gebu, rendam kejap beras yang dah dibasuh bersih lebih kurang 10 – 15 min dan toskan

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Nasi Serai

  1. Hi Wana… nampak best je nasi serai ni…kalau makan dengan ayam masak merah ok x?

  2. sedapnyaaaaa!

  3. Salam. Kenapa dalam senarai bahan daun pandan, tapi arahan memasak daun serai?

    • salam Norain… resepi ni tak guna daun serai…. tetapi guna daun pandan dan serai!! saya dah check cari kat mana daun serai tu, tapi tak jumpa pula… mungkin Norain tersilap membaca arahan memasak tu…

  4. assalam sahabat! xnak ke buat kursus asak nasi serai. nampak senag tp payah tuur!

    • salam pok me… tak kut!!!… akak pun baru belajar… lum pandai sgt sampai nak wat kursus… next time akan difikirkan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>