Ayam Goreng Madu Berempah

Ayam goreng madu berempah ni masakan semalam yang saya masak bersama nasi serai…. resepi ni dari dapur dayang jack… ┬ásedap masak ayam this style… alternatif lain selain dari ayam masak merah atau berlada…. next time boleh masak lagi ayam ni bersama nasi serai dan acar mentah untuk tetamu pulak…

Resipi Ayam Goreng Madu Berempah ( sumber: Dapur Dayangjack )

Bahan-bahan :

  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 4 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
  • 1 inci halia (ditumbuk)
  • 4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • garam
  • 3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
  • sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
  • sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara :

  1. Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
  3. Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.
  4. Hidangkan panas2 setelah masak.

Related Posts with Thumbnails

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>