Paprik Seafood

Salam semua…

Lama rasanya tak update blog saya ni… line intenet kat sini agak slow… dan kekadang mematikan mood saya utk berblogging!!! mana2 komen yang belum saya jawab tu saya minta maaf ye… insyaAllah kalau ada masa saya akan menjawabnya!!!

Rutin hari ni cam biasa je… my hubby gi outstation tinggal saya ngan anak2 je kat rumah so saya masak paprik seafood utk makan tengahari tadi… masak paprik ni paling mudah dan senang. Biasanya saya tak  masak lauk lain kerana dalam nya dah ada sayur… jom layan resepi

Resepi Ayam Paprik

  • 8-10 udang sederhana ( dibersihkan dan dibuang kulit)
  • 3-4 ekor sotong ( dipotong dan dibersihkan )
  • 1/2 inci halia ( ditumbuk )
  • 1 labu bawang besar ( dihiris )
  • 3 ulas bawang putih ( di tumbuk)
  • 5-8 biji cili padi ( di pecah atau di campak sebiji sebiji)
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • bunga kobis
  • karot ( dipotong bulat atau memanjang)
  • kacang panjang ( potong 1 inci)
  • daun ketumbar ( di hiris)
  • 2-3 helai daun limau purut ( di koyak)
  • 1 biji tomato ( di potong )
  • sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kisar, cili padi  hingga wangi.
2. kemudian masukkan semua sos. Kacau rata jika terlalu kering masukkan sedikit air.
3. Bila mendidih masukkan ayam dan sayur-sayuran serta daun limau purut.
4. Last masukan daun ketumbar, kacau dan angkat.

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Paprik Seafood

  1. sedapnya. gerem tengok sotong tu aihhh

  2. Salam Sis Wana, lame tak singgah jamu mata kat sini
    sape tak suke paprik, isk2, rugiii arrr…
    sedapnye tgk je pun dah wat perot ni berkeroncongan…hehehe…

  3. Wow..looks delicious…definitely going to try this dish ….I pun tengah kekeringan idea what to cook …

    • slm amy… silalah cuba ye… resepi ni simple je… boleh ubah atau edit ikut citarasa ….. akak tak kisah kalau nak edit resepi ni.. janji sedapkan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>