Jemput-jemput Ikan Bilis

Salam semua pengunjung blog saya yang dikasihi….

Petang2 rasa laparlah pulak … biasanya kalau rasa malas saya layan cekodok ikan bilis jer buat minum petang!! hari ni tak de projek memasak untuk blog…. saya masak biasa2 je dan lauk2nya pun ulang tayang… so saya rasa tak perlulah nak entri lagi….. jemput2 ikan bilis ni rasanya semua orang tahu buat… but saya letak gak resepi buat my doter yang baru belajar nak ke dapur….

Resepi Jemput2 Ikan Bilis

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 labu bawang besar ( saiz kecil)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh serbuk baking powder
  • Sejemput ikan bilis ( dicuci dan di buang kepalanya )
  • 1 biji telur
  • daun bawang  (dipotong kecil )
  • air suam
  • garam secukupnya

Cara penyediaan

1. Tumbuk bawang putih, bawang besar dan ikan bilis kasar2.
2. Kemudian satukan semua bahan dan gaul hingga rata…..
3. Goreng jemput2 dalam minyak panas… hingga habis…
4. Hidangkan dengan sos cili…


Related Posts with Thumbnails

4 Responses to Jemput-jemput Ikan Bilis

  1. Nor Riham Abd Rahman

    salam kak wana…

    bagaimana cara untuk melembutkan jemput2 ikan bilis atau cucur udang

    • salam nor rihan… biasa nya kalau nak lembutkan jemput2 ada 3 cara….
      1. masukkan telur dalam adunan jemput2…
      2. tambahkan sedikit serbuk penaik
      3. gaul/godak jemput2 dengan air suam….
      InsyaAllah jemput2 akan lebih lembut dan lebih sedap….

  2. mmmmmmMMMMM…………bahannya x banyak sangat ….bagi saya mudah dan ringkas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>