Apam Beras

Salam….

Apam beras ni saya masak untuk sarapan pagi tadi… oleh kerana banyak lagi bakinya saya kukus semula untuk minum petang pula… ni kali kedua saya buat apam beras!! tapi first time guna resepi ni…. memang sedap dan senang sangat nak buat. Kalau buat breakfast pun sangat mengenyangkan dan tak muak…

layan resepinya…..

RESEPI APAM BERAS

sumber: myresipi.com

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar – tak letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(sayaltk 1½ cwn gula pasir, brown sugar tak letak)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam

Cara Penyediaan

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Saya balutkan penutup kukusan dengan tuala atau kain seperti dalam gambar, supaya air tak menitis pada apam…….

Tips: Kalau nak kan permukaan apam cantik dan tak terbelah sila guna api kecil semasa mengukus…. tapi … Kalau suka permukaan apam tu terbelah dan tersenyum mekar boleh gunakan api besar semasa mengukus…. terpulanglah pada citarasa masing2.


Related Posts with Thumbnails

18 Responses to Apam Beras

  1. kak wana, tergodanya tengok apam…nmpk sangat gebu dan lembut….
    baby kat perut macam mana…dah gerak2 ke….harap akak dan baby sihat…

    • salam mas…
      Mas pun da buat kan apam ni… memang gebu dan lembut… alhamdulillah baby dan mak baby sihat…. dan sangat aktif didalam perut!!!

  2. tips yg berguna nih. thanks
    memang dok tunggu masa nak try acuan yg baru beli :)

  3. Salam kak,baru jer buat apam ni tapi tgk akak buat ni teringat nk mkn lagi…memang sedap ni..lembut jer..mkn pun tak jemu..:)

    • salam nieza….
      Nieza pun dah buat kan…. memang sedap apam ni… cuma apam beras kita tak secantik apam kat umah nieza….

  4. kak orang dah tengok entry ni lama rasa nak kena merahinkan jugak diri sebab memang nampak sedap

    • salam Intan… memang kalau nak buat apa2 pun kena merajinkan diri… akak pun kadang2 ikut mood jugak… resepi kat blog akan ni semua yg senang2…. tak rajin akak nak buat benda2 yg rumit!!!

  5. k.wana..saya pon dah cbe wat apam nie. menjadik! my mum suka sgt2 sbb slalu baut apam tp x jadi..thanx 4 sharing..

  6. wah nak apam juga! jum buat apam lagi..hehehe.

  7. asalamkum,,kak nak tanya apa funsi eno??ada setenga orang bubuh eno??

    • salam suri… akak tak pasti apa funsi eno yg sebenarnya… tp akak rasa eno tu dapat merangsang apam untuk naik dan memberi rasa yang sedap… lg satu kalau letak eno teksturnya lebih halus!!

  8. akak…mohon izin guna resepi yer….TQVM..

  9. kak, saya dah try buat apam ni…memamg menjadik, seronoknya anak2 dan cik abang pon suka…gembira tak terkata….lepas ni nak cuba apa ye….mmmmm

  10. kenapa penutup pengukus dibalut dengan kain ya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>