Apam Pelangi

Salam…

Apam pelangi ni saya buat untuk breakfast pagi tadi… apam ni pun dah ramai yang telah mencuba…. sedap dan tak muak…sebab tak guna butter…. Cuti2 sekolah ni anak2 saya banyak masa kat rumah.. Saya buat apam ni standby je.. kalau lapar.. ada gak benda nak makan… at least dia orang makan makanan yang berkhasiat… lebih baik dari makan junkfood….

Apam yang saya buat ni memang sedap tapi saya tak berapa suka warnanya… asal2 nak buat kaler hijau dan pink pastel aja.. tapi saya terbubuh lebih pewarna merah… tu yang jadi warna merah tua menyala tu… seksalah sikit ┬ámata menengoknya!!!!

Apa2 pun jom layan resepi….

Apam Pelangi ( sumber c &p: Dapur Anymz )

2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cawan )
150 gm gula halus ( 2/3 cawan )
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Cara Penyediaan

1. Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak.


Related Posts with Thumbnails

29 Responses to Apam Pelangi

  1. mas suka apam pelangi ni..sedapp…lembut dan gebu jer apam ni….

  2. Waah…..Wana pun dah buat apam pelangi nie…..Nak buat jugak lah! sedap & menarik!!!!

  3. Salam Kak Wana,

    tak da lah sakit mata menyerlah ada ,cantekkk dah macam kek lapis sarawak, nak ucap terima kasih coz dah cuba apam beras hari tu n alhamdulilah menjadi, siap ada kekawan yang datang umah n sempatlah mengpromote blog akak…ada fb tak kak boleh add

  4. memang sedap apam ni…cicah lak ngan kpi panas memang mabeles…colour pun lawa tu:)

    • salam nieza… memang sedap makan apam cicah kopi/teh… apam pelangi nieza pun cantekk… apam pelangi kita versi malas…

  5. Salam Kak Wana.
    Wah cantik nye kuih apam tuh..color nye sungguh menyerlah..
    akak dah pindah rumah baru..
    Saya pun dah pindah rumah baru jugak..baru bln lepas..kalu akak sudi, dtg berziarah ke rumah baru saya:
    http://penjankayu.blogspot.com/

  6. Rumah baru akak ni cantik! =0).

  7. ok jugak apam ni nampak cantik aje nak trylah

  8. cute jek apam pelangi tu…(^_^)

  9. salam kak saya mintak resepi akak ya nak cuba buat.saya ni tak pandai masak tapi pesatuan penduduk nak buat gotong royong saya kene buat apam.tq

    • wslm azizah… silalah… InsyaAllah kalau buat ikut step mesti menjadikk apam tu… harap Azizah suka resepi tu…

  10. salam…lau x letak santan leh x??

  11. assalamualaikum, saya telah mencubanya..ni kira 1st time,tp bantatla..huuhuh,sedih betulla..kenapa yer..saya guna sukataan cawantu sb xde penimbang kat rumah../sedihnyaaaaaaaaaaaaa….saya juga membalut tudnung pengukus tkt air jatuh..tp teap xmenjadi.huuuhuhuh

    • salam shafida… kalau boleh, kena ikut betul2 resepi dan sukatannya… akak pun guna sukatan cawan jugak… tapi tak de masalah… mungkin sebab tak bubuh ovallete…. mungkin jugak selepas shafida kacau tepung bersama serbuk penaik, dikacau terlalu lama atau semasa nak bahagikan kpd 3 warna adunan tu dibiarkan terlalu lama…..

      Kalau boleh lepas gaul tepung+ serbuk penaik cepat2 warnakan dia dan terus kukus…. jgn tunggu lama2… sebab serbuk penaik kalu dah campur dgn adunan, gelembung udaranya akan hilang sikit demi sedikit… so kena cepat2 kukus kan dia…sama macam kek jugakk… lagi satu air kukusan kena panas secukupnya….kita kena siapkan air kukusannya yg telah panas dulu baru kacau adunan apam ya…

      harap dapat membantu…

  12. ooo adakah sbb saya xletak ovallete,tp saya letak bahan pelembut kek dan roti..sbb cari kat kedai xder.maka saya tgk bahan pelembut roti dan kek tu juga bewarna oren sama dgn ovallate..ingtkan sama.adakah itu sebabnya….sedihnieeeeeeeeee

  13. 150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cawan )
    150 gm gula halus ( 2/3 cawan )

    Kenapa sukatan gm nyer sama tapi sukatan cawannya berbeza.confius

    • salam putri…

      Berat gula tak boleh di samakan dengan berat tepung…. 150 g tepung memang lebih banyak ( 1 1/3 cawan) jika berbanding dengan 150 g gula ( yg hanya 2/3 cawan )… sebab gula memang lebih berat berbanding dengan tepung…. perumpamaan ini sama seperti 150 g paku dan 150g kapas….. sudah tentu dari pandangan mata kapas nampak lebih banyak berbanding dengan paku… sebab paku lebih berat berbanding dengan kapas…. jgn konfuse ya…… boleh check kat sini utk lebih faham… http://www.dianasdesserts.com/index.cfm/fuseaction/tools.measures/Measures.cfm

  14. Salam Wana,
    Tima kasih psl explanation tu.. betullah kan tepung mmg lbh ringan dari gula psl tu lah cup dia kurang..
    Apa2 pun sy dh cuba resepi ni pagi td..alhamdulillah menjadi.. lembut & gebu..tqs for the receipes

  15. dah cba wat tp x jd……apam x naik..ranap mcm bingka ubi tp rsa mmg sdap..

  16. salam.
    nak tanya santan kara tu apa kak.

    • santan kara tu… santan kotak jenama kara… boleh juga guna jenama lain seperti ayam brand dll… atau boleh juga guna santan fresh… tak de masalah… mana2 jenis santan boleh di gunakan….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>