Resepi Kek Suji ( Kek Semolina )

Salam…

Lama tak update blog ni… mood nak blogging rasa macam dah suam-suam kuku je…  Hari ni saya cuba buat kek semolina resepi dari mat gebu…  buat minum2 petang!! First time makan kek suji ni… sedap gak.. rasa seperti berbiji2 cam rasa kacang…. dan kemanisannya pun sedang2 je… layan!!

Resepi Kek Suji/ Kek Semolina ( sumber : Dapur Mat Gebu )

BAHAN-BAHANNYA :

250 g mentega berkualiti tinggi
170 g gula halus ( 3/4 cawan )
2 camca besar madu
4 biji telur gred A
100 ml susu segar
2 camca teh esen vanilla
170 g tepung gandum ( 1 1/2 cawan )
1 camca teh baking powder
100 g semolina @ suji
Secubit garam

Cara Penyediaan

1. Tepung gandum digaul bersama baking powder dan diayak, kemudian campurkan semolina@suji dan garam, gaul rata.
2. Telur, susu dan esen vanilla disatukan dan kocok hingga semua sebati. Ketepikan. Putar mentega, gula halus dan madu hingga kembang.
3. Masukkan bancuhan telur + susu + esen vanilla tadi sedikit demi sedikit sambil terus memutar hingga putih dan gebu.
4. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, gaul rata dan masukkan ke dalam tin kek yang telah disapu dengan mentega dan dialas dasar tin dengan kertas minyak.
5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan kek atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.



Related Posts with Thumbnails

3 Responses to Resepi Kek Suji ( Kek Semolina )

  1. salam, minta izin copy resepinye ya, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>