Selamat Hari Ulang Tahun Buat Anakku…

Salam..
Dua hari lepas putera saya, Muhamad Aiman Hakim menyambut ulang tahunnya yang ke 15 tahun… baru hari ni saya berkesempatan nak buat entri… Actually my son ni anak sulung saya… saya rasa tak sangka anak saya ni dah besar dan meningkat remaja sedangkan saya rasa dia masih kecil dan masih berlari2 memeluk saya…

Gambar ni masa kecilnya sewaktu berumur 1 1/2 tahun…. gambar ni diambil sewaktu berhariraya dirumah neneknya… rindunya saya pada saat-saat ini!! Sewaktu kecil anak saya ini, tidak nakal, sangat baik dan senang menurut kata saya… Walaupun banyak perkara yang memerlukan kesabaran semasa menjaganya kerana anak saya ni kuat menangis (sawan tangis) tetapi kelahirannya adalah perkara yang paling indah yang terjadi dalam hidup saya…

Sekarang, setelah 15 tahun…. perangainya banyak pulak mengikut perangai saya… dia ni cepat terasa bila ditegur… cepat marah dan cepat pulak sejuk… penyayang dan sangat memahami kesusahan dan kesenangan kedua ibubapanya… Anak saya ni tak pernah meminta sesuatu barang di luar kemampuan saya…

Kalau dia meminta sesuatu yang saya tak mampu nak beli, saya katakan padanya mama tak cukup budjet, lainkali mama beli…tetapi beberapa saat lepas tu dia pulak ubah fikiran sambil kata… tak pelah ma…. tak payah beli… abang tak ¬†perlu sangat benda tu… walaupun saya tahu dia teringin sangat benda tu, tetapi dia sangup membatalkan niatnya semata2 tidak mahu menyusahkan saya….

Tahun ni dia akan mengambil peperiksaan PMR, saya akan sentiasa mendoakan kejayaannya…kesejahteraaan di dunia dan akhirat…panjang umur… murah rezeki dan sentiasa berbahagia dan di rahmati serta dilindungi Allah…

Kalau dia membaca entri saya ingin dia tahu saya sangat-sangat menyayanginya. Dan bila dewasa kelak dia akan menjadi orang yang berguna… dan di hari2 tua saya nanti saya harap dia akan menjaga dan menemani saya….. ¬†Amin

Sempena hari lahirnya saya masak Chicken chop, makanan kesukaannya…. Anak saya ni suka makan western food… Kami celebrete bertiga je.. kerana my hubby belum balik dari outstation….

Grilled ayam ni guna pembakar elektrik je…. mudah dan cepat!!!

Hidangan yang dah siap… grillled Chiken Chop, bersama mashed potato dan salad simple ( timun, tomato, karot dan bawang yang dipotong dadu kemudian saya gaulkan dengan jus lemon, sedikit gula dan garam…. )


Hidangan sampingan….


Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Selamat Hari Ulang Tahun Buat Anakku…

  1. wah!
    nmpk sgt sedap la kak chicken chop tu..
    uhhh..terliur,..

    happy besday utk anak akak :)

    • salam dee… thanks 4 ur wish… ciken cop tu memang sedap… masih teringat2 lagi kesedapannya… kalau nak resepi ada kat blog ni… cari melalui search kat side blog akak ni…

  2. terharu saya membacanya,setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya,begitu juga saya

  3. assalam kak wana,
    1st skali wish happy balated day to anak kak wana…dh besar dh…he..he..smoga menjadi anak yang soleh…

    2nd nyer saya dh tergoda ngan ciken cop akak tue…nyum..nyum…maveles….he..he..

  4. Salam Kak Wana,
    Happy birthday untuk anak Kak Wana… dah 15 tahun tapi mama nya masih maintain cun :)

    Semoga anak kak Wana sentiasa diberkati Allah dan berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun ini Amin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>