Puding Pisang Berkuah

Salam….

Dessert simple ni saya buat semalam… ┬áterasa nak makan puding diraja, tapi kat sini payah nak dapat…. tapi saya buat jugaklah dessert simple ala-ala puding diraja tu…. memang sedap puding ni… saya buat sekali anak2 tak cukup sebab my son suka sangat puding ni… oleh kerana puding ni senang dan cepat nak disediakan so saya buatlah dua tiga kali!!!

Resepi puding pisang berkastad

Pisang berangan yang telah masak secukupnya
butter secukupnya
kismis secukupnya

Untuk sos kastard

1 tin susu cair
2 biji kuning telur
1/2 cawan air
4 sudu makan penuh gula

Cara penyediaan
1. Buat sos kastard dulu… satukan semua bahan2 sos kastad dalam periuk.
2. Kacau hingga sebati dulu kemudian barulah dipanaskan diatas api hingga pekat. Semasa dipanaskan jangan berhenti mengacaunya… supaya adunan rata dan tidak bergentel2.
3. sejukkan sos seketika.
4. Untuk pisang… masukkan sedikit butter dalam kuali non stik.
5. kemudian goreng pisang tadi dalam butter yang telah dipanaskan.
6. balikkan pisang tadi bila masak dan lembut barulah dingkat.
7. hidangkan dalam pinggan/mangkuk, tuangkan sos tadi dan taburkan dengan kismis…


Related Posts with Thumbnails

22 Responses to Puding Pisang Berkuah

  1. simple tp sy suke sgt2..lebih2 lg ada pisang..mmg sedap!!

  2. salam wana … nampak simple jer..boleh cuba ni.

  3. sgt suka jap tunggu wiken kita try tenkiu kak

  4. sgt sedappppppp… nk cikit.. huhu..

  5. salam kenal wana…yummm nampak sedap. anak2 sy mesti suka ni sbb diaorg tu memang ‘hantu’ pisang dan sos kastad…:)

    • salam suzi… ermm mmg sedap tau…. anak2 sy pun suka pisang dan kuah kastard.. dessert ni mudah dan senang sangat nak buat… bolehlah suzi cuba..

  6. Ada boh kastad ke dlm resipi ni??..baca mcm ada, tp kat resipi tak senarai pula…

    • salam lela… untuk sos kastad saya tak bubuh tepung kastad… sebab saya tak berapa suka akan rasanya….. saya cuma guna kuning telur untuk memekatkan kuahnya dan rasanya lebih sedap berbanding jika diletakkan dengan tepung kastad…… tapi kalau nak letak tepung kastad boleh jugak… boleh masukkan 1 sudu makan tepung kastad tadi… masak atas api dan kacau perlahan… sos akan jadi lebih pekat jika di bubuh tepung kastad….. terpulanglah kepada selera lela..

  7. lama eina x buat puding pisang berkuah n..kalau buat msti x cukup punya..kena buat berulang kali gak..

  8. Salam.. Baru try buat 5 minit tadi. Sedap! hehehe. Thanks kak wana, menjamu mata di blog akak lepas tu boleh menjamu selera. ^^
    nom nom nom

  9. sepanjang mlm sy bukak satu persatu entry akak ni..i guess, it’s my fave blog ever2..mcm2 resipi ada siap ada gambar lg..

    besok ingat nk try puding pisang berkuah ni, kalau bubuh badam or hazelnut, sure sedap kot..dan bila baca resipi yg lain2, semangat nk beli oven membuak2..hehe..tq

    • Salam Lena… thanks kerana suka blog saya… really appreciate!! puding pisang tu memang bertambah sedap kalau tambah kekacang cam hazelnut @ badam… trylah … yummy!!!

  10. terliur pulak gan puding nie..tapi mslah nie tgh pantang mkn manis2 nie sbb tgh pregnat ..pregnat lak kena kencing manis adusss aiii..meleleh lah air luir anak dlm perut nanti…

  11. sdp!! haha br je wt trs mkn…xsmpt tggu sejuk

    • Salam Nadia… akk pun kalau buat puding ni mmg tak sempat nak tunggu sejuk!! anak2 dah tak sabar nak makan…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>