Tumis Kacang Panjang Dengan Sotong

Salam…

Hari ni masak simple2 jek… Kat peti sejuk banyak kacang panjang dan sotong tersadai yang tak dimasak2…so saya kombinekan jer dua2 ni…. ¬†saya suka lauk cam ni… siap ratah2 lagi… lebih2 lagi sekarang ni saya tak berani nak makan makanan yang tinggi kolesterol macam daging, udang, kek dll. So saya makan sayur je bebanyak… sotong tu saya pun tak makan sangat… saya letak cuma nak pancing selera anak2 je…

Resepinya biasa2 je…saya letak secara rawak je… sukatannya boleh agak2 sendiri…

Resepi Tumis Kacang Panjang Dengan Sotong

Kacang panjang (secekak )
satu batang seleri
cili api – di potong/ diketuk
sotong ( 2 ekor )
Bawang putih ( 3 ulas ) – diketuk
sos tiram
sos nampla ( sos ikan )

Cara penyediaan

1. Tumis bawang putih yang diketuk bersama cili padi hingga wangi.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan sos ikan.
3. Masukkan sotong yg telah dipotong2.
4. Masukan kacang panjang… masak hingga sayur lembut sedikit… barulah diangkat dan dihidangkan.


Related Posts with Thumbnails

6 Responses to Tumis Kacang Panjang Dengan Sotong

  1. kak, mcm mn nak bajet sos tiram tu?..sy letak sket pn dah masin..huhu (tu xletak grm pn). finally kene buh gula nk cover rs masin tu.

    • salam fiza…
      Tahap kemasinan sos tiram tu terletak pada brand sos tiram yang kita gunakan… seeloknya rasa dulu sos tiram yg kita guna tu baru kita boleh anggarkan berapa byk yg perlu di bubuh… atau letak 1 sudu dulu… kalau belum cukup masin boleh tambah lagi… dalam masakan akak ni akak cuma bubuh 2 @ 3 sudu makan jer..

  2. Tq kak wana! hari ni menu saya ialah tumis kacang panjang dgn sotong & ayam gulai limau purut.

    *sayur yg saya masak pun terlebih masin hehehe tangan syok menuang sos tiram & ikan,

    • salam didi… kalau masak guna sos ikan memang kena berhati2!! sebab sos ikan tu tersangat masin…. letak sikit je dah cukup…

  3. salam wawa,

    resepi tumis kacang panjang dgn sotong ni, wawa mmg x pkai bawang besar ye?

    • salam nia…. akak tak letak…. tumis ngan garlik ala2 chinese style gitu…. tapi kalau nak letak bawang besar@ bwg merah boleh, tak de masalah… nanti jadi Malay style…. apa2 pun dua2 cara sedap jugakk…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>