Ayam Bakar Berempah

Salam….

Setelah genap 15 hari saya berpantang… hari ni saya baru berani nak makan ayam… Mak mertua saya kata ayam ni gatal… so awal2 berpantang ari tu saya tak makan ayam… saya dah cuba makan sikit semalam tapi Alhamdulillah tak pula ada masalah!! So hari saya deside nak masak dan makan ayam…

Ayam Bakar berempah pilihan saya kerana ayam ni senang sgt nak buat… cuma perlu blend semua rempah2nya kemudian perap beberapa jam dalam peti sejuk… kemudian dibakar. Masak pun bersantai2 jer sambil jaga baby..

Resepi Ayam Bakar berempah

1 ekor ayam ( dipotong2 dan dibersihkan )

Bahan Kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1/2  sudu makan serbuk jintan kasar
1/2  sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan lada hitam
5- 8 biji cili kering yng telah direndam
1 sudu makan kicap pekat
2 batang serai
2 sudu makan gula
garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Perap ayam bersama bahan kisar dan simpan dalam peti sejuk beberapa jam.
2. Bila nak memasak, panaskan sedikit minyak dalam kuali non stick. Goreng sebentar hingga kulitnya sedikit garing.
3. Kemudian balikkan ayam tadi…
4. Setelah itu susun ayam dalam tray/loyang pembakar kemudian bakar ayam tadi selama lebih kurang 20 minit.
5. Angkat dan hidangkan.

** Kalau nak terus dibakar pun tak de masalah.. sedap gak!! ikutlah citarasa anda..

Related Posts with Thumbnails

14 Responses to Ayam Bakar Berempah

  1. akak….moga akak dan baby makin sihat yerk…
    wahhhh…sedappnya tengok ayam bakar tu….

  2. terlior saya tengok, kalau saya tercari2 resepi saya akan copy disini je, terima kasih ye..

  3. sedapnye ayam tu..tingat mase pantang dulu hihi mkn ikan bakar je..

    moga akak n baby sihat=)

    • salam shida… memang selalu kalau dalam pantang akak pun selalu kena makan ikan bakar je… org tua2 ni ketat sikit… tapi kali ni akak berpantang sendiri tak de org tua jaga pun… tu yang berani… nanti kalau apa2 jadi kena tanggung lah sendirikk!!! hik hik….

  4. wah…. kuatnya akak…. sy pun kena drah tinggi… taktau la nasib cmner nak brsalin nanti. ..

    • slm Asmidar…terukk ke tekanan darah asmidar!! Dari apa yg doktor bg tau kat akk, kalau kena darah tinggi biasanya akan induce pd week ke 38.. Dr tak benarkan bersalin lewat ( week 39 @ 40 ) kerana boleh menyebabkan uri akan putus dan menyebabkan baby lemas.. sbb semakin besr baby dalam kandungan semakin tinggi tekanan darah kita… kalau pintu rahim belum terbuka masa week 38 terpaksalah kena ceaser… cam kes akk ari tuh…

      • kuat ek akak… sy naik seriau bila baca akak bgun msk (sbb akak brsalin operate) tah la… kali terakhir check 130/80… doakan yang terbaik ek buat saya… saya cuma harap saya dan anak saya selamat…. amin…

        • Salam Asmidar… Alhamdulillah…luka jahitan akak setakat ni dah baik dan dah bercantum sempurna….dah boleh bergerak slow2 dan buat rutin2 ringan… tapi still tak boleh buat pergerakan berat dan angkat benda yg berat2…. bahaya tu…. InsyaAllah akk doakan asmidar dan baby selamat… masa mengandung banyakan berdoa pada Allah dan bacalah surah yassin banyak2… itu yg akk lakukan masa pregnant dulu… yelah kita tak tau nasib kita cam mana kan… banyak berdoa dan Tawakkal kpd Allah…. Insyallah Selamat…

  5. Salam..
    Kak rsepi ni juntan halus n kasar tu jenis jintan apa? jintan manis atau jintan putih eheh3..

    • salam cik Alya… kalau tak silap akak jintan manis tu yang halus atau gelap sikit, dan jintan kasar tu org panggil jintan putih sebab kaler dia cerah sikit!!!

  6. Pingback: Enjoy Cooking » Ayam Bakar Berempah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>