Ayam Masak Korma

Salam…

Entah napa tetiba je tekak ni terasa nak makan ayam masak kormak… rasanya dulu2 aku tak berapa suka ayam/daging masak korma ni!!! dan memang tak pernah pun masak masakan ni… tapi sekarang selera  aku bertukar SUDAH!!! sedap je masakan ni kat tekak aku…. Dan…. tiba2 my son pun berbunyi…. ” Mama nasi beriani tak de ke!! Ayam korma ni sedap kalau makan dgn nasi beriani”!!……. ” Oh gitu ke…. !!”

OOh Hari ni dapat ciuman dari my doter and my son… sempena hari Ibu… Oh!! hari ibu ke sekarang ni!!  tak lah actually esok…. Ohh ye ke!!!.. ngape mama lupa!! lupa nak wish kat nenek… my lovely mother!!!!

Resepi Ayam Masak Korma

1 ekor ayam ( dipotong2 dan di bersihkan )
2 paket rempah kurma
1 labu bawang besar ( hiris )
3-4 biji bawang merah ( hiris )
3 ulas bawang putih ( tumbuk )
1 1/2 inci halia ( tumbuk )
4 biji kentang ( kupas kuli dan potong 4 )
200 g santan pekat
1-2 keping asam gelugur
rempah 3 sekawan ( kayu manis, bunga lawang, pelaga )
garam, serbuk perasa
air secukupnya untuk kuah
daun ketumbar – hiasan
Cili padi – letak sebiji2 – hiasan

Cara penyediaan

1. Tumis bahan hiris, bahan tumbuk dan rempah 3 sekawan hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan serbuk kurma yang telah dicampur dengan sedikit air.
3. Masukkan ayam, kacau seketika.
4. Kemudian masukkan air dan kentang. Tutup periuk dan masak hingga ayam 3/4 empuk.
5. Masukkan santan pekat, asam gelugur, cili padi. kacau selalu…
6. Bila ayam empuk sesuaikan rasa dan bolehlah dihidangkan… dan tabur daun ketumbar sebelum dihidangkan…

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Ayam Masak Korma

  1. slmt hr ibu wana n muahsss utk sara! :)

  2. Salam Kak Wana,
    Selamat hari ibu buat akak… :)
    Sedap kurma ayam tu. Makan dengan nasi putih pun dah cukup laju dah :)

    • Thanks Ijan…. Selamat hari ibu jugak buat ijan… ayam msk kurma ni mmg sedap gak makan dengan nasi putih… lebih2 lg time lapar….

  3. selamat hari ibu kak wana…

    sedappnya kurma tu..

  4. harumnya smpai sini la kak…hehehehe…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>