Ayam Masak Kerutuk

Salam…

Dah lama saya teringin nak masak kerutuk. Tapi selalu terhalang sebab susah nak dapatkan rempah kerutup… 2 minggu lepas my MIL ┬ábalik Kelantan so saya pun kirim rempah tu.. Akhirnya dapat jugakk saya melepaskan keinginan utk merasa ayam kerutuk….

Memang sedap ayam kerutuk ni… sesuai dengan selera saya. Saya makan ayam kerutuk ni bersama nasi minyak dan acar…. Next time saya nak cuba pada daging pulakk!!. mesti sedap!!

Resepi Ayam Masak Kerutuk ( sumber : Myresipi )

1 ekor ayam ( potong2 dan dibersihkan)
4 sudu besar rempah kerutuk
2 sudu cili giling
1/2 biji bawang besar
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kicap pekat
1/2 keping gula melaka/manisan
2 sudu besar kerisik ( tak letak )
Bahan tumis
1/2 bawang besar
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu besar minyak

Cara Penyediaan

1. Potong Ayam. Bersih dan toskan.
2. Kisar 1/2 biji bawang besar, halia dan bawang putih. Kemudian campurkan dengan rempah kerutuk
3. Panaskan minyak
4. Tumis semua bahan tumis sehingga naik wangi
5. Kemudian masukkan campuran rempah tadi
6. Masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan ayam dan santan. Masak sehingga daging empuk dan kuahnya betul-betul pekat.
8. Akhir sekali masukkan kicap, garam, gula melaka dan juga kerisik.
9. Biarkan sehingga 5-10 minit sebelum padamkan api.
10. Siap untuk dihidang.

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to Ayam Masak Kerutuk

  1. fuhh menggoda… tak pernah masak ayam kerutuk.. kena try masak bulan puasa nih :)

    • Slm Yatie… kita pun first time jugakkk…. sedap gak masak kerutuk ni lawan dengan nasi beriani atau nasi minyak serta acar timun….. fuhhh makan tak hingat!!!

  2. xpernah makan ayam kerutuk. nampak menyelerakan.

  3. wan intan wildanizam bt wan zainal abidin

    best gilerrrrrr

  4. SEDAPNYA,,,,,,KLU X REMPAH KERUTUK, NAK LETAK APA YA…….,JAUHNYA NAK CARI KAT KELANTAN

    • Kalau tak de rempah tu boleh guna rempah kari atau beriani….. tp namanya dah tak boleh letak masak kerutuk lah…. sbb rempah kerutuk ni rasa dia lain!!

  5. sedap nya.. baru denger ayam kerutuk,tapi keliatan kalo enak..nyam…nyam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>