Bubur Som Som

Salam…

Hari ketiga iftar ni saya berkesempatan memasak sepenuhnya juadah berbuka puasa untuk hari ni… Kebetulan my baby Sarah pula dijaga oleh my hubby ( yang kebetulan sedang cuti… ), so saya punya banyak masa kat dapur utk menyediakan juadah…

Hari ni saya masak nasi ayam, makanan kesukaan anak2….  dan juga masakan fav saya sebab paling senang dan cepat nak disiapkan….. Dessertnya saya buat bubur Somsom, buah tembikai dan air cincau…. Nasi ayam ni dah banyak kali juga saya entri… kalau nak resepi boleh klik kat sini atau boleh klik kat button linkwith kat bawah ya….

Ni lah juadah simple kami yang saya ambil secara kelam kabut… ralit tengah buat kerja, azan pula dah berkumandang… Walaubagaimana pun, Alhamdulillah… bersyukur kami dengan rezki yang Allah kurniakan ini…

Cerita pasal nasi ayam terlupa pula tetang bubur som-som….. bubur ni adalah hidangan nostalgia kerana masa kecik2 mak saya selalu buat bubur somsom ni… Bubur ni sedap sangat dan rasa2 dia lemak2 gitu… lawan dengan air gula melaka memang sedaplah….

Actually ni first time saya buat bubur ni…  anak2 saya ingat saya buat tauhu fa… Masa saya hidang atas meja my son siap kata….. ‘ Wah pandai mama buat tauhu fa!!’… saya tergelak dan kata … ni bukan tauhu fa … ni namanya bubur som-som!!!

Resepi bubur som-som ni saya cnp dari dapur kak intan ( jari intanku ) yang sangat kreatif tu… Thanks ya kak.. best resepi ni…. sekali buat terus menjadikkk…..

Resepi Bubur Som-som ( sumber: dapur Kak intan )

Bahan bahan nya:-
1 cawan tepong beras
4 cawan santan pekat
2 helai daun pandan yang disimpul
sedikit garam

Cara penyediaanya.

1. Kacau sebati semua bahan bahan ini didalam periuk yang bersesuaian,diatas api yang perlahan sehingga pekat.
2. Apabila nampak berkilat, angkat dan masuk kan dalam acuan atau pun loyang.
3. Kemudian dikukus lebih kurang 15 minit. Angkat dan sejukkan.
4. Masa makan nya curahkan pula air gula yang telah dimasak bersama sama dengan daun pandan juga sedikit gula pasir untuk tambah manis.
5. Nak lagi sedap simpan atau sejukkan nya didalam peti ais terlebih dahulu

** Versi saya : saya tak kukus.. lepas masak dan kacau atas api hingga pekat terus letak dalam cawan kecik2… kemudian sejukkan…  dan bleh terus di hidang bersama air gula melaka…

Related Posts with Thumbnails

21 Responses to Bubur Som Som

  1. selamat pagi kak wana….

    bubur som2 ni mmg kegemaran lia…klu kat kg selalu dapat makan lps ada majlis keje kawin…selalunya masa org kg kemas2 barang n buka balai (erkk..klu org bandar panggil khemah kot..) tuan umah akan sediakan bubur som2 ni…..

    mmg sedap… :)

    • w’slm Lia… betul tu… dulu2 kat kampung akk pun ada… masa2 kecik dulu akak memang peminat no satu bubur ni…. mak akk selalu buat sebab dessert ni paling senang dan bahannya pun mudah…. kos nya pun murah!!!

  2. bubur sum sum sejuk2 sedap,nyaman!

    lama x tgk baby sarah…muachsss kat si comel tu. :)

  3. sedapnya nampak nasi ayam dengan bubur som2 tu..mmm..dah ada idea nak masak apa ptg nanti..:)

    • Slm Anim… wah air tangan anim mesti sedapkan… lepas berbuka @ malam2 kalau lapar lagi boleh makan bubur som2 tu…

  4. sedapnya menu wana tu… bubur som2 tu menggiurkan… ahaks

  5. salam ramadhan wana..pekabor..lama akak x singgah sini..baby sihat…
    akak hari2 ngintai juadah bbuka wana dan keluarga…suka tgk hidangan…menyelerakan…

    • tq kzai sudi lagi singgah sini…. wana pun kadang2 tak berkesempatan nak singgah dapur kawan2…. sibuk dan laptop pun kongsi2 ngan anak!! baru je nak bw, anak2 dah tunggu nak guna….baby wana sihat Alhamdulillah…

  6. as x pnah mkn bubur ni…. baby sarah baik ye… x kacau mama msk nasi aym…

    • As> cubalah, sedap tau…. sarah baik2 saja.. dia tak kacau pun mama dia masak… tapi kena ada orang duduk sebelah dia, dia ok je…

  7. best tu bubur ni….nampak menyelerakan…nk try buat la next week

  8. emm..mmg sedap bubur som som ni..teringat masa arwah nenek saya dulu..mmg suka membuat bubut som som ni ..terbaik rasanya..air tangan nenek ku.

  9. Kak, sukalah watever yg akak masak..minggu ni nak tryla.

  10. Alhamdulillah ..berjaya buat bubur som2 semalam…terliur sbb tgk gambar tu…sedap..

  11. Salam sis, dah berapa kali cuba buat bubur som-som yang menggunakan campuran tepung ubi kayu atau jagung tetapi tk puas hati kerana rasanya tk seperti yang arwah ibu saya buat. Cuba resepi ini yang menggunakan tepung beras saja dan memang sedap lemak dan lembut. tq….

    • boleh adjust resepi ikut cita rasa kita….. no problem….. akk pun selalu guna tepung beras shj…. rasanya mmg sedap….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>