Brokoli Goreng Udang…

Salam…

Ni lauk feveret my son and my daughter… dan masakan yg paling suka dimasak oleh saya…. lebih2 lagi kalau time2 sibuk terutama sebelum anak saya pergi sekolah…. saya panggil jugak masakan ni lauk 3 dalam 1 sebab ada udang, ayam dan brokoli dalam satu lauk ni… Kalau masak lauk ni saya dah tak perlu masak lauk lain kerana semua dah ada kat dalam tu…..

Resepi Brokoli Udang ( utk 1 org makan… )

1 pokok brokoli saiz kecil
3-6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk )
1/2  biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan
( garam tak perlu bubuh sebab sos tiram, sos ikan dan sos cili dah masin… )

Cara Penyediaan

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to Brokoli Goreng Udang…

  1. salam wana, k.nor mintak izin copy & paste resipi ni ya.. tq :)

  2. I nak mintak izin copy and paste yr recipes n pics ( for own collection/personal use) :) . I love yr recipes. Thx.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>