Pembantu Baruku BM250 Kenwood

Dah lama saya mengintai2 benda ni…. nak beli, tak beli…. dah angkat, letak balik…. tapi semalam akhirnya terbelilah jugakkk… akibat tekanan jiwa dan perasaan nak me’roti’ yang terlalu kuat……..

Anak2 saya suka makan roti esp, pizza, donut dan roti sosej….. tapi saya ni paling malas bermain dgn tepung….. bab menguli yg paling saya tak ‘gemar’ sekali…. Dah ada pembantu ni senang lah kerja saya….. part yang saya tak suka dah ada ‘orang’ buatkan….

Mula2 tu nak beli brand Elba, BM paling murah kat pasaran dgn harga RM 398.00 di Jusco… oklah tu… kira dalam budjed saya dibawah Rm 500.00. Tapi my hubby tak kasi angkat dulu… sebab dia suruh tengok, ada satu kedai elektrik di Kajang yang terkenal sebab barang2 elektriknya sangat2 murah berbanding dengan harga dipasaran….

Saya pun tak jadi beli… bila datang kat kedai tu terkejut jugak kerana harga yg taukeh kedai tu tawarkan jauh lebih murah iaitu rm 320….murah tu!!!! bila saya tanya BM brand Kenwood harga nya pula RM 450.00…. Apalagi!! sayapun terus decide ambik Kenwood sebab setahu saya harga BM Kenwood ni Rm 550.00 – 585.00 kat pasaran… Boleh Klik sini tengok harga.

Malam tu saya sempat menerai resepi Basic White Bread yg resepinya dari manual kenwood sendiri just nak warm up atau testing2 je…. Lepas masukan tepung, yis, garam, susu, gula, air dan minyak sayuran kat dalam tu, setting menu, tekan start dan tinggal…..

Esok paginya ¬†saya bangun awal sebab tak sabar nak tengok roti saya… bila buka bm saya je… cam ni lah rupa roti saya….

… well…. my first roti…. not bad jugakklah…. next time nak try wat roti guna bread softner atau water roux…. supaya roti lebih lembut lagi….

Oh ya… sblm ada org email saya tanya kat mana kedai elektrik tempat saya beli bm murah tu saya letak alamat kedainya ya…

Pusat Perkhidmatan TV & Video Toong King
6, Jln Besar,43000 Kajang, Selangor
Tel ; 03-87375501

Saya sempat gak tanya taukeh kedai yang ramah tamah tu nape harga barang kat kedai jauh lebih murah dari harga kat tempat lain….

Tauke tu jawab kakitangan kedainya adalah familinya sendiri dari datuk, anak, menantu, cucu semua bekerja kat kedai tu…. jadi kos boleh murah maa…. lepas tu boleh tawar menawar sebab custumer boleh berdepan dengan owner nya sendiri…. kalau taukeh rasa kedai dah semak dan nak masuk stok baru… taukeh bagi harga cincai2 je….

oooo itu macam ka…..

Related Posts with Thumbnails

39 Responses to Pembantu Baruku BM250 Kenwood

  1. kak wana…. ni salah satu impian lia jg ni kak….ntah bila la nak dapat.. kene bagi penuh dulu la ‘tabung ayam’ kat umah ni…heheee…. mesti lps ni byk n3 kak wana meroti kan…syoknya makan roti panas2 sambil dgr belanjwan ptg ni… :D

    • salam mamamya…. mesti dapatkannya Lia… memang mudah senang sangat ada gedjet ni….. boleh ringankan kerja kita kat dapur…

  2. Impian zana jugak ni, ntah bila boleh dpt? Kita ni tak kerja, kena tunggu dpt green light dr boss, baru boleh.
    Kedai ni kat depan Court Mamouth ke? Nanti balik sana nak usha jugak.

  3. salam wana, bibik melayu kita sama :)

  4. Wah wana dah ada pembantu baru selamat meroti

  5. tahniah,ada gadget baru! selamat meroti. :)

  6. wah jelessssssssssssssssssssssnya…..nak jugak……..

  7. Salam Wana, Tq krn promote nama kedai ni, akak dah gi beli dpt harga 450 gak, mulanya dia letak harga 499, akak tanya tak boleh kurang ke, dia bagi 470, bila akak kata kawan akak baru beli kat sini dpt 450 dia kata oklah itu special price.Akak kata kwn aka dah promote dah kedai dia di blog, dia kata baiknya kwn kamu tu.TQVM mmg dah lama nak beli BM ni.

    • salam kak Sapurah…. tahniah dah ada bm…. akak pun mula2 taukeh letak harga tu jugakk…. kena tawar hingga harga yg paling rendah… mesti taukeh tu suke kedai dia kena promote kan… hihihi!!!

  8. Salam akak, walaupun dh ada alamat kedai tp sy tak tahu area mn kedai nie. Bole akak bg landmark skit? sy dr bb bangi seksyen 7.

    • salam yan…
      Jalan besar kajang ni dekat simpang 4 balai polis kajang, menghala ke jalan reko…. kedai elektrik tu sebelah kedai motor ( kedudukannya sebelah kiri bila kita dari simpang 4 balai polis tu… bertentangan dgn pasaraya Bilion ( tp Bilion ni dah kedepan sikit…. )

  9. bestnyer Kak Wana..salah satu wishlist terpendam jugak ni..

    • salam alin… mesti dapatkan satu sebagai pembantu kita di dapur…. mudah sangat kalau ada bm lebih2 lagi utk org2 yg sibuk cam kita semua…

  10. Akak dapat lagi murah..RM440 di kedai elektrik Nanhong di 9 Avenue Nilai
    (berhadapan Giant Nilai)..jgn jeles…

    • ooo lg murah!! tp buat orang duduk dekat2 sana bolehlah beli kat sana…. tp kalau saya nak ke sana minyak dan tol pun dah lebih dr 50 hinggit!!

  11. salam, nk tanyer bole……….
    hage brgn elektrik yg lain murah x

    • salam fid…. barang electrik kat sini boleh di tawar, sebab kita berdepan dgn ownernya sendiri…. mmg kedai ni lbarang elektrik nya ebih murah dari kedai2 lain…

  12. salam. peminat baru potret kasih. suka dgn resipi2 di sini. Tgh go thru entri2 lama di sini, happy sbb terjumpa pemilik BM250 same as mine. Blh ambik resepi2 di sini. Sy banyak guna bm ni utk uli doh buat bun coz anak2 amat suka.. berbaloi2. beli lbh kurg sthn lalu kat Sogo (masa tu brand ni jer yg ada, agak payah nak cari bm nih)price slightly higher, u got a very good price.
    Salam kenal.

    • Wslm ME….. salam kenal jugakk ya…. thank sudi singgah sini….. saya pun belum meneroka sepenuhnya BM saya tu…. nampaknya ME lagi pro dalam membuat roti…. nanti kita singgah your blog dan cari resepi best2 kat sana…

  13. kalau guna nk bakar kek blh x guna bm 250 ni?

  14. salam semua.saya baru berminst nk blaja wat roti ni.tiap saat dok bukar internet cari resepi.buatnya x lg.dah beli kt kedai tong tu coz prnah bli brg kt sana b4 ni.beli bm ni baru seminggu tp xder manual book in english.resepi pun yg bukn bm250tp bm 260.susah coz function dia berbeza no.xtau lg camner nk guna.set butang kalau nk terus jd seketul roti.nk tanya,ader bunyi tet. . Tet ker bila stop.

    • salam d.yah…

      masa beli diorg tak bg manual bm250 ke…. but boleh download manual kenwood bm250 tu kat internet….. dont worry!!! sebab hari tu ada kwn akk dia dah download manual kenwood bm 250 online je….. tp akak tak pasti web nya yg mana satu… cuba search kat google guna keyword ‘ download manual book for kenwood bm 250 ‘….

      kalau dah jumpa boleh tak letak link web tu kat sini…. senang sikit…kalau ada pembaca lain yg mengalami nasib yg sama… ini dapat membantu!!!!

      sharing is caring….

  15. Beli bm tu dpt harga rm480 minta tawar 450 memang xdpt dia kata.malas nk fikir sambar jer coz stok dah xder lepas ni.

    • dia tak bagi harga rm 450 dah sekrg ni ya….. mungkin harganya dah naik kot…. tak pe… rm 480 tu pun ok!!! lari tak jauh sgt!!

  16. Assalamu’alaikum

    salam perkenalan

    dah lama teringin nak beli BM ni:)
    tengah cari cari harga BM ni kat inet.alhamdulillah dapat jugak kat sini.
    terimakasih sudah share alamat kedai tu :)

    wassalamu’alaikum

  17. skang hrg bm250 rm399 kt sen heng-member price, if incldg replacement fee rm414..berbaloi2

  18. Salam Kak Wana.. Saya nak buat sweet bun guna BM250. Tapi kenapa doh saya melekit kat jari ye? saya guna function no. 8 utk doh. lepas 1jam 30 minit doh tu melekit kat jari…

  19. datang ceduk ilmu macamana nak guna breadmaker..thanks!!

  20. xpenah tau plak ade yg tuk wat roti mcm nih…menarik…tenkiu tau…nk survey kedai letrik…jmp blog nih…

  21. Salam Sis,

    Suka saya tengok hasil BM..ni.
    Gatal tangan juga nak meroti sendiri..
    InsyaAllah nanti nak ke kedai tauke tu, murah rezeki dia ramai reader PK ke sana :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>